^_^

Monday, 12 September 2011

Aku di hari pertama..


Diariku Day 1~


Hari pertama melangkah ke tempat baru… Segalanya serba tak kena.. Demam yang masih belum benar baiknya.. Batuk yang masih bersarang didada, kugagahkan jua.. Jalan kaki ke jalan besar, nak tunggu bas, terasa beg tangan berat sangat..

Apa ada kat dalamnya?

1)Diary ~ senang nak mencatat apa-apa yang penting masa training..

2)Pen 2 Batang ~ camner pulak nak nulis kalau takda..

3)Botol air ~ Tekak mudah kering, jadi terpaksa bawa bekal sendiri..

4)Payung ~ Wajib ada walaupun malas sangat nak bawa.. cuaca tak menentu..

5)Wallet ~ penting sebab nak pakai duit buat tambang..

6)Henpon ~ Penting untuk komunikasi… hehehe

7)Panadol ~ bekal jika demam makin hebat mengganas.. hhuu..

8)Strepsil ~ Bekal untuk tekak yang perit dan luka sebab batuk..

9)Tisu ~ diguna jika bersin dan selsema melanda

10)Towel muka ~ bantuan jika tisu tak cukup… wahaha..

Dapat bayangkan tak bagaimana besar dan berat beg tangan yang kugalas?... dan bagaimana pula siksanya diri ini melangkah di hari pertama training bekerja… uuhhuhu…

Pengalaman hari pertama?


1)Kad Rabbit Bus Rapid jatuh bawah bas masa nak touch.. alahai malunya..

2) Baru cari pot baik nak duduk dalam bas, ada pulak serangga hinggap kat tangan ni, terkejut dan terlatah aku dalam bas tu.. alahai malunya..

3) Lepas Tea Break waktu Training induksi, aku masuk terlewat ke dewan sebab urusan di toilet.. Masuk-masuk dewan jerk, semua tepuk tangan, dan meraikan perlantikan aku sebagai leader group.. Denda lah tu.. alahai tak bestnya..

4) Kasut putih suci tak digalakkan pakai dalam sektor korporat.. dan kasut yang aku pakai menjadi contohnya.. alahai malunya..

5) Masa nak pakai tudung lepas solat zuhur, pin peniti aku hilang.. cari tak jumpa pastu terpaksa pinjam kat member... kena gelak lagi.. alahai malunya..

6) Ada pulak aktiviti tiup belon, aku penakot dengan belon.. terpaksa hadapi jugak.. lepas tiup, ikat dan catatkan kelemahan kita kat belon tu, wajib pulak letupkan!.. dan aku orangnya yang akan pengsan sebab tak berani buat.. Aku gagahkan diri, tutup mata dan selawat berkali-kali sebelum mata pen yang aku pegang menikam laju pada perut belon... Alhamdulillah.. aku berjaya... Hasilnya.. Aku Puas!!!


Moral ~ Boleh sebenarnya kalau kita benar-benar tekad untuk mengubah yang lemah menjadi lebih kuat.. Kita sendiri yang mengubahnya... Walau dugaan datang melanda, tabahlah menempuhinya... (Nasihat untuk diriku jua.. )


Semoga hari esok lebih baik.., InsyaAllah..


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

budakijaupendek said...

ehh sama.
sy pun akan 'telatah' klo ade seranggga hinggap kt tgan. hehe

Lia Irdelia said...

hahah.. geli kot jari2 dia yang melekat tuh.. owh.. tidak...

Ujie said...

semoga hari2 mendatang akan lancar ..biasa mcm gitulah kan. hari pertama kelam kabut sbb kita rasa berdebar-debar.

aimie amalina said...

waaaaa
same la yg tang belon tu
selalu jek kene bahan
huhuhu
waa..dh kerja..besnyeeee...
huhuhu
moge esok lagi sehat taw! =]

Lia Irdelia said...

ujie ~ betul2.. hari pertama yg kelam kabut... hahhaa..

aimie ~ say no to belon... kikkki..., konvo bila?.. hahha..selamat berkonvo..

HazeL said...

Lia kejer kat mane? alhamdulillah...

~AmyLiana86~ said...

datang lewat leh jd leader..gans2..hehehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...