^_^

Tuesday, 6 September 2011

Aku dah tak single -5



Aku dah tak single lagi - Part 1

Aku dah tak single lagi - Part 2

Aku dah tak single lagi - Part 3

Aku dah tak single lagi - Part 4


Part 5~ Final Part


“sayang..” suaranya beralun lembut.

Tanpa sedar dia sudah duduk disebelahku. Memandang wajahku yang kusam dan kelat ini. Dan aku tetap tunduk tanpa mahu melihat wajahnya. Aku malu dan aku tidak mahu.

“ abang tahu, sayang belum lagi dapat terima perkahwinan ini. Ambillah masa selama mana pun yang sayang mahu, abang akan sedia menanti agar hati sayang memeluk hati abang. Abang akan setia menunggu dan berdoa agar tuhan bukakan pintu hati sayang untuk abang”

Ya Rabbul Izzati, betapa luhurnya dia. Luluh jantung ini mendengar setiap patah kata yang lahir dari bibirnya. Perlahan-lahan aku sematkan dalam hati untuk belajar mencintainya kerana agamanya. Aku terpaut pada setiap tingkahnya, setiap katanya yang sangat lembut menusuk tepat ke jantung ini.

Terima kasih tuhan kerana menemukan aku dengan nya.. Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan itu terletaknya di tangan Tuhan.. Jodohku telah pun ditetapkan dengannya, biarpun aku berkahwin tanpa relaku.. dan demi tuhan, aku juga akan belajar menerimanya.. Sungguh!. Aku terpaut, biarpun melihat tingkahnya dia tidak sampai satu malam!.. Subhanallah.. Maha suci Allah.

End of Story of my life- Aku dah tak single-


1 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Nur Atikah said...

SANGAT MENYENTUH PELUSUK SANUBARI...I NEED MORE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...