^_^

Tuesday, 6 September 2011

Aku dah tak single!- 4



Aku dah tak single - Part 1

Aku dah tak single - Part 2

Aku dah tak single - Part 3

Part 4 ~


Dia kembali menadah tangannya bermunajat pada Pencipta. Dan aku pula masih khusyu’ melihat dia begitu. Ada tarikan dalam dirinya yang membuatkan aku merasa begitu bersalah dalam diri. Keangkuhanku merajai segalanya. Keputusanku tetap. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Dan aku mahu begini. Aku lihat setitik demi setitik airmatanya gugur menyembah bumi..

Ya Tuhan mengapa dia menangis. Begitukah caranya bermuhasabah diri. Aku masih lagi merenung tingkah lakunya tanpa kelipan mata walau sekali. Tersentak dalam hati ini bagai disayat sembilu tatkala aku mendengar bait-bait kata-kata lembut dalam doa kudusnya dengan menyebut namaku sebagai isterinya. Dia mendoakan kesejahteraanku, dan kebahagiaan rumah tangga yang baru terbina ini juga agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Tersentak lagi jiwa ini.. Zuriat?.. Aku termangu sendiri. Inikah sebenarnya yang aku mahu dalam perkahwinan ini. Apakah sebenarnya niat aku tatkala aku menjadi isterinya. Dan sampai bila pula harus aku begini. Gugur airmata ini.. segera kusapu agar tidak kelihatan dimatanya. Aku tewas dalam perasaanku sendiri.


End of part 4-Story of my life- Aku dah tak single-


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...