^_^

Tuesday, 6 September 2011

Aku dah tak single -3




Aku dah tak single - Part 1

Aku dah tak single - Part 2


part 3~

Kreokk… Pintu bilik dibuka perlahan.. Aku kembali berpeluh.. dan tiba-tiba lampu terpasang membuatkan aku semakin membatukan diri dengan mata yang tertutup erat.

“sayang..” sayup dan lembut aku dengar dia berbicara.. aku tetap diam membatu. Aku harap dia faham bila aku dah letakkan bantal dan selimut dekat bawah untuk dia tidur. Walaupun aku tutup mata, tapi aku tak mampu nak tutup telinga, segala yang dilakukan, aku masih dapat menangkap bunyinya dan aku mampu melihat dengan ekor mata.

Ya Tuhan, berderau darahku bila melihat dia bersolat.. Apakah yang dia doakan, adakah agar hati aku ini berubah dan taat padanya?.. atau dia masih belum lagi aku ini kejam padanya.. Aku gusar. Derhakakah aku?.. tapi perasaan marah dan tidak puas hati masih merajai diri ini.. Ku biarkan dia dalam sujud doa kudusnya.. perlahan-lahan aku tutup kembali mata, dengan harapan agar aku boleh kembali single seperti semalam dan semalam yang lain..

Tap!.. duniaku cerah tiba-tiba, aku terjaga.. Ya Tuhan, aku tertidur.. dan aku beristighfar sekali lagi apabila melihat jam di dinding menunjukkan jam 3.30 pagi dan dia, suamiku itu masih ditikar sejadah. Aku tidak pasti dia belum lagi tidur ataupun baru saja bangkit. Perlahan-lahan aku bangun. Membetulkan tidurku yang tidak sempurna akibat pura-pura tidur sebentar tadi. 3 jam yang lepas!..

Tiba-tiba dia menoleh dan tersenyum padaku.. Subhanallah, dapat ku lihat betapa manisnya dia dalam senyumannya. Dia yang aku tidak relakan sebagai suami. Dan aku?. Aku tunduk tanpa membalas senyumannya. Ya Tuhan, sombongnya aku.. dan aku juga malu.. malu dilihat seperti ini. Dalam keadaan diriku yang masih terpisat bangun tidur… dalam keadaan diriku yang tidak sesempurna wanita. Salahkah aku membiarkan dia seperti itu.. Tuhan.. Bantulah aku..


End of part 3-Story of my life- Aku dah tak single-


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...