^_^

Tuesday, 6 September 2011

Aku dah tak single -2


Aku dah tak single ~ Part 1

Part 2~

Aku tinjau-tinjau dekat luar bilik.. Aku dah tak nampak sesiapa kat ruang tamu. Tapi aku masih dengar suara orang berborak dekat luar beranda. Aku yakin dia ada dekat situ.. Aku betul-betul buntu nak buat apa ni.. memang aku gelisah yang teramat sangat ni.. Menyesal sangat-sangat aku cabar diri aku sendiri untuk kahwin dengan dia..

Dan aku juga rasa tercabar dengan kata-kata abang. Pergh, memang aku menyirap bila abang cakap dah tak ada orang lagi nak dekat aku ni. Masa tu memang aku benci sangat dengan abang walaupun aku tahu dia saja nak naikkan darah aku ni.. dia memang tahu kelemahan aku.. aku memang pantang tercabar, dan inilah akibatnya.. Aku terdampar dalam bilik ni dengan penuh sesalan. Tapi semua dah tak guna.. Dah tak ada orang yang boleh tolong aku lagi.. Kini aku harus tanggung segalanya seorang diri.

Perlahan-lahan aku tutup pintu bilik. Aku kunci terus supaya dia tak boleh masuk. Jahatnya aku. Aku dapat idea, cepat-cepat aku ambil kotex dan letak atas meja solek. Sengaja aku biarkan terpampang dekat situ. Sengaja! Supaya dia boleh nampak dengan terang, jelas dan faham. Kunci billik aku buka kembali tanpa membuka pintu.

Aku letakkan bantal dan selimut dekat bawah. Aku harap dia faham. Biarlah dia tahu isteri yang baru dia kahwini ini sebenarnya kahwin tanpa rela. Dan aku memang kejam. Ya, kejam. Setelah memastikan semuanya beres, aku melompat atas katil penuh girang. Ya, girang!. Ops, terlupa, aku bangun kembali untuk menutup lampu dan membiarkan kegelapan merajai suasana bilik pengantinku yang serba indah malam ini. Aku mahu tidur dengan lenanya…


End of part 2-Story of my life- Aku dah tak single-


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...