^_^

Tuesday, 6 September 2011

Aku dah tak single - 1




~1~

Aku benci betul bila arah hidup aku ni ditentukan orang lain.. Memang aku tak suka.. Aku rasa aku memang ditakdirkan untuk jadi leader, bukan untuk jadi follower, dan aku tak suka ikut arahan orang lain.. Waaa… aku benci… tapi nak buat macammana ni…. Aku dah terlanjur berkahwin!.. dan aku kini isteri orang… aduhai.. kalau lah dari dulu lagi aku bentak keputusan mak dan keluarga untuk jodohkan aku dengan dia, mesti sekarang ni aku dah bebas.. aku tak perlu nak rasa berdebar dan takut dan marah serta berbagai lagi perasaan dalam hati ni.. aku benci…..

Baju nikah yang aku pakai siang tadi dah pun tergantung tepi almari.. tengok baju tu pun aku rasa macam nak marah jer.. aku tak nak kahwin dengan dia, tapi aku tak tahu kenapa aku tak berani nak cakap tak nak dengan mak.. Padahal aku ni memang jenis yang kuat melawan..

Biarlah orang nak cakap dia ni baik, berbudi bahasa, ada agama, aku peduli apa, kalau aku memang dah tak suka, aku tak akan pandang pun… Ya Allah berdosanya aku.. Dia kini suami aku.. Suami 9 jam.. sejak nikah pagi tadi..

Apala dia buat kat luar tu agaknya.. tadi aku nampak dia tengah minum kopi dengan abang kat beranda.. Aku penat sangat ni.. rasa nak tidur je.. tapi aku nak tidur kat mana.. Aku tak ingin nak duduk sebilik dengan dia.. Ya Tuhan.. apa aku nak buat ni…


End of part 1-Story of my life- Aku dah tak single-


1 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

hira said...

tak sabar nak baca seterusnya! hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...