^_^

Wednesday, 7 September 2011

Akhirnya…... aku tersenyum jua..


Akhirnya…...

Hujan turun dengan lebat. Aku mulai risau, jam dah menunjukkan pukul 6.45. Pagi ini aku ada interview. Hari yang sangat penting untuk aku. Terlambat bermakna aku akan kehilangan separuh peluang untuk merebut tawaran kerja yang bakal aku perolehi. InsyaAllah..

7 Pagi, hujan semakin lebat mencurah-curah. Aku nekad meredah hujan lebat untuk mengambil teksi di jalan besar berhampiran rumah. 30 minit telah berlalu, satu demi satu teksi berlalu meninggalkan aku kerana telah pun mengambil penumpang. Aku mulai cemas dan gusar. Aku kibas kain baju kurung yang telah pun basah lencun. Beg tangan dan sisi tepi bajuku turut basah, menitikkan air. Payung yang ku gunakan tidak mampu melindungi tubuhku sepenuhnya kerana hujan mencurah beserta angin yang kuat.

Ya Tuhan, dugaan ini aku terima dengan hati terbuka. Semoga dugaan ini menjadi satu rahmat buatku kelak. Akhirnya penantianku berakhir apabila sebuah teksi akhirnya mahu mengambil aku yang telah pun basah kuyup. Hentian teksi berhenti di stesen LRT. Aku terus saja meluncur laju membeli tiket dan mula beratur untuk menaiki tren.

Hatiku terasa sungguh berdebar, sudahlah aku tidak berapa pasti dimana sebenarnya destinasi yang ingin aku tujui. Namun dengan bantuan peta dari google yang sempat aku cari lewat malam semalam ku harap dapat membantu. Semakin dekat destinasi, semakin berdebar pula jantungku ini. Keluar dari tren, aku meneruskan langkah mengikut kata hati kerana peta yang aku lakar semalam terlupa pula dibawa bersama.

Setelah bertanya pada dua orang yang turut lalu lalang disitu, aku Berjaya menjejakkan kaki ke destinasi sebenar. Sampai saja di tempat interview, aku mulai kedinginan lantaran pakaian yang tersarung di tubuhku yang basah separuh.. Mujur saja aku sampai awal 30 minit sebelum sessi interview dan ujian bertulis dijalankan. Dapatlah aku menarik nafas lega dan menenangkan perasaanku terlebih dahulu.

Jam 11.45 , aku selamat menjalani sessi temuduga yang penuh cabaran dan sangat mendebarkan, Alhamdulillah.


---------------------------------------------------------------------------------


25 hari selepas hari interview…

Trut..trut…

“ Saya ingin memberitahu keputusan temuduga yang cik jalani bulan lepas, Tahniah, Cik Berjaya, sila datang ambil offer letter ye..”

Aku??.... Yahooo… Alhamdulillah…. Itu saja mampu aku ucapkan tatkala menerima berita ini… Akhirnya… dugaan dan cabaran yang ku lalui tempohari adalah sebagai dugaan awal untuk aku menerima berita gembira ini.. Terima Kasih tuhan.. Terima kasih Ya Allah..


Ya, Aku telah pun mengambil offer letter tersebut, dan minggu depan.. mula kerja…. Yeahhh..


--------------------------------------------------------------------------------


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

tahniah!
Kerja bagus2 ya..

Lia Irdelia said...

maceh ujie...

:)

Miss Nadya said...

alhamdulillah..syukur..nice entry...kerja elok2 k dear..:)

new entry :: Spontan Khamis ツ

Lea IsNaw! said...

wahh..dh dpt keje ye?
tahniah!

Lia Irdelia said...

Miss Nadya ~ alhamdulillah... tq ya..

Lea ~ yup, baru jerk.. tq2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...