^_^

Saturday, 10 September 2011

Ada yang lebih malang..


Kadang-kadang kita rasa sedih sangat.. Kita rasa sedih sebab tak dapat apa yang kita nak.. Kita rasa kecewa dengan hidup ini. Kita rasa bengang dan marah dengan orang sekeliling. Kita rasa benci nak menghadapi kenyataan hidup yang kita sendiri rasa terlalu teruk untuk dijalani.. Mengapakah?..

Tidak dinafikan, hati kita penuh dengan segala rasa, ada rasa marah, ada rasa suka, ada rasa geram, dan seribu satu perasaan yang terkadang sukar untuk diungkapkan. Tapi sedarkah kita segala kesakitan hidup yang kita alami itu sekadar satu ujian untuk mematangkan kita dalam menempuhi hidup ini.

Jika kita rasa kita sangat malang kerana lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, fikirkan pula ada insan yang lebih malang tidak punyai keluarga. Sekurang-kurangnya kita ada keluarga untuk menumpang kasih sayang.

Meskipun hidup dalam serba kesederhanaan, kita masih cukup makan dan pakai, berbanding dengan mereka yang kebuluran.. Jika kita rasa kita belum mampu untuk miliki kebahagiaan, maka fikirkanlah mereka yang tidak pernah miliki kebahagaiann itu.. Sekurang-kurangnya kita masih mampu berusaha untuk kebahagiaan sendiri. Berusahalah..



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

budakijaupendek said...

betul..
at least kite msih dikurniakan nyawa =)

ArulchelseA said...

itu pngalaman.. sy belajar sesuatu pasal penipuan skang ni..

Lea IsNaw! said...

bersyukur lah dgn apa yg ade kan :)

Lia Irdelia said...

fara ~ yup... masih bernafs di sini..

Arul ~ pengalaman,, guru terbaik.. :)

Lea ~ betul2.. bersyukur dgn apa yg kita ada..


Tq for reading ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...