^_^

Thursday, 25 August 2011

Suratku buatmu yang bergelar teman..



Pertama kali, ingin aku memohon kemaafan buatmu temanku.. Bukan niatku melakukan ini semua.. Sepiku kerana ada yang menghalangi diri ini.. Segalanya bukan ku sengajakan..

Andai segalanya telah tertulis begini, maka aku akan hadapi segalanya dengan penuh tabah di dada.. Aku pasti, ramai yang tertanya-tanya keadaan aku di sini,.. Sihat kah aku, baik kah aku, di manakah aku, apa yang aku lakukan kini?.. aku yakin!.. dan aku juga tak terkejut andai kalian menyangka yang bukan-bukan.. Sehingga timbulnya kisah aku telah pun mendirikan rumah tangga.. Dan itu semua sama sekali tiada benarnya..

Aku melupakan teman?.. Tiada juga benarnya.. Aku akui ia khilafku kerana menolak segala panggilan telefon, tidak membalas semua sms text, FB dan segalanyalah.. Terlalu lama keputusan ini ku ambil untuk menceritakan segalanya.. Dan mengapa ku lakukan ini biarlah menjadi rahsia hatiku sendiri.. Aku mohon agar jangan ditanya mengapa aku begini..

Semua masalah ada penyelesaiannya.. Ya, aku akui katamu teman.. Semua masalah ada penyelesaiannya. Dan semua persoalan ada jawapannya. Masalah ini, kekusutan ini hanya aku yang tahu dan biarlah ia kekal begitu. Persoalan hati ini hakikatnya terlalu rumit untuk diberitakan, untuk diceritakan, untuk dikhabarkan, untuk diwar-warkan.. Aku harap kalian mengerti..

Aku terharu, kalian sentiasa saja ingin tahu keadaan diri ini.. Bermacam caranya kalian berusaha untuk menghubungiku.. Maafkan aku.. Di sini, ingin aku khabarkan, aku masih seperti dahulu.. Sahabat yang pernah kalian kenali dulu.. Cuma takdir, nasib, keadaan dan suratan kita sahaja yang berbeza.. Kita terpisah hanya pada mata, tapi ketahuilah, dihati ini tidak pernah melupakan..

Andai saja kalian mengerti.. Dihati ini dipenuhi rasa yang kesah.. Resah menyepi tanpa sebarang berita. Dan aku mengerti andai kalian mula membenci.. Membenci diri ini yang dikatakan lupa diri.. Aku terima seadanya.. Tidak pernah aku menyalahkan perasaan itu yang mula terbit dari hati kalian, kerna andai aku ditempat kalian juga pasti aku akan berperasaan begitu. Mungkin..

Segalanya telah ditentukan… Maafkan aku kiranya aku ini pernah menyusahkan.. Kesempatan ini aku ambil untuk memohon seribu keampunan.. tulus dari hati yang penuh resah ini.. Andai ada jodoh kita, pertemuan itu pastikan tercipta jua…


Ku mohon pada tuhan, agar perhubungan ini berpanjangan..


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Cik Bell said...

hurm..kadang2 kita memerlukan ruang bersendiri..penah jgak berlaku mcm tu kat diri.Terharu dgn kwn2 yg selalu mengambil berat :)

cinta_lovato said...

sumenya ada hikmah... ALLAH x menguji hamba-NYa diluar kemampuan mereka..... jgn sedih lagi ye -)

Kakkoii said...

Biarpun sebaik atau serapat mana kawan, kita perlu memberi ruang kepada masing2..

Ceria selalu, jangan cedih2 sgt mesti hidup lebih bewarna warni ^^

Ujie said...

semoga suatu masa..lia dan teman bertemu kembali !

♥♥ arabella ♥♥ said...

kes mmbawe diri..same dgn kitee laa...kadang2 sahabat sendiri pun xbole nak selesaikan mslh ..just bole mndga dan bg pendapat..tp yg pahit kite ttp rase...

Lia-De-Pinky-Leo said...

terima kasih pada semua....

Thankz a lot!

aiNa MardHiaH said...

xpe. ambil masa tuk diri sendiri.
biarlah org kate ape. janji kita tahu kite sendiri mcm mane.

Moge ceria selalu! nak raye nieh! hehe <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...