^_^

Tuesday, 16 August 2011

Sepinya Ramadhan kali ini..


Ramadhan ~

Jatuh airmata tatkala mendengar pengumuman tanda Ramadhan bakal bermula.. Masa tu, hanya ada aku, adik dan mak… Aku tak tahu aku nangis sedih atau pun gembira.. Tuhanku, ampunkan aku… Aku sepatutnya gembira kerana aku masih mampu menemui Ramadhan kali ini.. Biar pun segala serba sederhana.


Tahun ni, semua abang dan kakak akan beraya bersama mertua mereka.. Dah giliran tiba, harus ditunaikan. Dan aku pula akan beraya bersama mak dan dua adik di rumah…


Ramadhan kali ini, aku rasa sepi sangat.. Sepi tanpa teman-teman.. Sepi tanpa kemeriahan, dan sepi tanpa mereka semua.. Kalau tahun2 sebelum ni, aku berpuasa dirantauan, bersama teman-teman, kini segalanya tinggal kenangan.. Walaupun sepi tanpa mereka, tapi aku masih bersyukur kerana aku mampu menemani mak dirumah.. Jika aku tiada, dah tentu mak akan berpuasa dan bersahur seorang diri,.. anak-anak semua jauh dari sisi.. Hujung minggu baru semua akan pulang jika berkesempatan.. Indahnya saat itu… Pabila semua ada berkumpul sekali..


Aku?... Mengapa aku masih ada di sini?.. Aku tahu.. aku ini anak yang tidak pandai berdikari.. Manjanya aku… Selalu nak semua ada depan mata.. Bila ada orang usik, mulalah aku nak touching.. Nangis sampai bengkak mata.. Aduhai.. Teruknya aku..


Semua orang sudah tertanya-tanya, sampai bila aku nak macam ni.. semua orang cakap aku duduk goyang kaki.. Kadang-kadang aku naik marah pulak.. Mereka tak faham.. dan aku juga bersalah kerana terus membiarkan diriku masih seperti ini… Maafkan aku… Maafkan aku.. Teruknya aku..


Sepinya ramadhan kali ini,… mungkin bukan aku sorang je yang rasa mcm ni.. Aku plan lama dah, kalau boleh tahun ni, aku nak bagi duit raya pada anak2 buah aku yang comel tu, tapi hajat aku tak kesampaian.. sebab aku masih macam ni.. duduk ‘goyang kaki’ bak kata mereka.. sedihnya rasa..


Sepinya ramadhan kali ni… Kalau dulu, bila sahur, ada abah yang tolong kejut, tapi kini dah tak macam tu lagi…. Abah dah setahun pergi..Tapi aku bersyukur, aku masih ada mak disisi… setia menemani.. Baju raya, kelengkapan raya, dan segalanya tentang raya hampir tiada erti bagiku,,


Walau apapun, Ramadhan sudah separuh berlalu.. dan Syawal bakal menjelma.. Itulah tanda kemenangan terulung buat semua yang benar-benar menghayatinya.. Apa yang aku harapkan, aku masih berkesempatan mengucup tangan mak, memohon ampun atas segala dosa dan bebanan yang mak rasa sepanjang membesarkan aku ini…



8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Kesah.Itu said...

Kamu..jgn sedeh2 k..kamu kene semangat tuk tlg mak kamu n jage die..

klu kamu rase sepi, die rase lg sepi..kamu kene +ve k..;)

xoxo

atin said...

tabahkan hatimu ..Allah sentiasa bersama kte ..insyaAllah semua ni ada hikmah disebaliknya .....

Lia-De-Pinky-Leo said...

kesah.itu & Atin ~

Thanks a lot!.. Really appreciate it.. :)

Solihahazahar said...

perghh sedih gileee

Yatie Ahmad said...

salam

dik, jgn la sedih2 ok, kalu adik sedih nanti mak adik pun sedih...

biarlah org nk ckp apa, cuba bayangkan kalu adik xde sapa nak temankan mak? cian mak dah la kehilangan 'teman' tentu dia kesunyian sgt2...

Lia-De-Pinky-Leo said...

Solihahazhar & Kak Yatie Ahmad~

Thanks 4 reading...

Really appreciate it.. i do..

K I E R A said...

Cheer up.
Jangan dengar mulut jahat orang.
Mulut siapa yg kita boleh tutup kan ?
Sabar okay :)

Lia-De-Pinky-Leo said...

kiera ~ betul.. tq ya 4 ur reading.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...