^_^

Friday, 26 August 2011

Sedikit Tips buat calon PTD (exam 10 Sept)

Tips~

Tahniah buat mereka yang layak dipanggil untuk menduduiki peperiksaan PTD September ini.. Dah buat ulangkaji ke?.. Jangan lupa study sebab soalannya bukan mudah..(Bagi saya la..) Mungkin ada yang kata senang, itu terpulang pada persediaan masing-masing..

Apa yang penting yang ingin saya kongsikan, ialah bab pengetahuan am seksyen A. Itu memang soalan membunuh.. Ramai yang kantoi kat situ.. Termasuklah saya sendiri.. heee.. Melainkan anda jenis yang tak pernah miss berita dan tak pernah miss suratkhabar.. haha.. Then, buat sedikit latih tubi matematik.. Soalan kira-kira tidaklah sesusah mana tapi sedikit trick digunakan. Jangan terlalu lama spend pada satu2 soalan. Kalau agak2 tak boleh jawab, teruskan saja pada next question.. nanti tak cukup masa. Macam saya juga.. hehe.. akibatnya 10 soalan saya main hentam saja.. Sebab tak cukup masa..

And also, baca isu-isu semasa yang berlaku baru-baru ini untuk menjawab soalan essay BM dan BI.. . Ramai calon yang baca buku Malaysia kita.. Kalau dapat, bacalah, lagi bagus.. Tiada rujukan khas untuk exam PTD ni sebab soalan yang diambil meliputi semua aspek..

Jadi, tanpa persediaan, sukar untuk anda layak keperingkat seterusnya.. Melainkan anda benar2 superb dan sudah tertulis rezeki disitu.. haha.. Saya pun bukanlah terror sangat, soalan pun banyak main dadu saja. tapi sebab saya dah ambil exam tempohari, saya cuba kongsikan apa yang saya dah alami haritu.. Semoga berjaya pada anda..

Pada yang telah menduduki exam PTD Julai tempohari, saya juga seperti anda.. Tidak sabar menunggu keputusan pada September nanti.. Sama-samalah kita tawakal.. hhee.. Moga kejayaan milik kita.. InsyaAllah..

p/s : untuk yang belum tahu PTD tu apa, sila rujuk sini..



8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Atiqah Sa'ahiry said...

all the best,

Jahidih Saili said...

haha..soalan2 tu mmg susah..sy dah lalui, alhamdulillah lulus..

Kakkoii said...

huhu thx for the info ^^

Lia Irdelia said...

Atiqah ~ heh.. tq ya..

Jahidih saili ~ dah lulus, alhamdulillah.. seronoknya.. skrang sudah bergelar PTD lah yer?.. best2.

Kakkoii ~ calon september?.. gud luck!.. hehe

Freaky said...

ptd tu ape ? apa pun wish u gud luck

Lia Irdelia said...

Firdaus ~ ptd to stand for pegawai tadbir diplomatik.. Cam kerja kerajaan yang dok isi borang SPA..

Nway, tq ya for reading.. :)

Ujie said...

akak dah amik beberapa kali..failed.

Part yg susah bg akak..pengetahuan am & esei. Antara soalan yg tak tau jwb- mengenai sukan. Sbb tak minat langsung, jd jarang ikut perkembangan.

Btw..gd luck kpd yg baru nak amik..smoga bjaya utk lia!

Lia Irdelia said...

k.Ujie ~.. tu lah.. ramai gak yg dah amik 2,3 kali.. tpi blum lepas2 lagi.. sy pun x minat sukan sgt.. heheh.. main hentam je jawab..

Tq for teh wish..

err.. apply lah lgi.. mana tau ade rezki nanti.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...