^_^

Wednesday, 10 August 2011

Sambut tanganku.., bawaku pergi..


Bisikan hati ini~


Suara itu kedengaran lagi..

Memanggil dan meneriak namaku..

Menggemakan segenap penjuru ruang fikiranku..

Hingga sesak dada dan nafasku..


Hingar bingar itu memecah hening..

Menusuk tajam gegendang telinga..

Yang kian hilang deria nan satu..

Dek asyik terbuai mimipi di kalbu..


Jerit pekik itu masih wujud di situ..

Terkadang hiba dan juga sayu..

Terpanggil aku mengintai lalu..

Menjengah seketika alam nan satu..


Semakin memanggil..

Semakin sayu dan mendayu..

Langkah ku terbahagi di situ…


Mahu ku ikuti,

Tapi diri terkaku,,

Mahu ku lari pergi..

Hati pula membeku..


Mati..

Mati aku disini..

Dihimpit satu dimensi dunia,


Siapa aku di sini..

Sampai bila aku begini..

Adakah sesiapa mendengari,,

Jeritan batinku ini..


Sambut,,

Sambutlah tanganku..

Bawa aku kembali..

Sebelum aku hilang di sini..

Sambut tanganku…


*sasteranya jiwaku.. heheh

>_<

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...