^_^

Monday, 22 August 2011

Kibarkan Kemegahan Itu..



Puasa sudah semakin tiba ke penghujung.. dalam masa yang sama, Syawal akan tiba… Tanggal kemerdekaan juga semakin menghampiri..


Petang tadi, masa tengah duduk ambil angin kat luar rumah.. Mataku terpandang jalur gemilang yang berkibar dengan megah terikat pada kayu pacak depan pagar.. Serta merta aku teringat arwah abah..


Kalau dulu, memang abah yang semangat terlebih, akan gantung bendera seawal hujung Julai… Dalam kawasan kejiranan kami, rumah akulah yang antara yang pertama kibarkan bendera Malaysia ni..


Pendek kata, hari merdeka kami tidak bermakna tanpa semangat kemerdekaan itu.. Tidak lengkap tanpa kibaran jalur gemilang. Aku bangga.. sebab abah miliki semangat patriotik yang sangat tinggi.. Dan semangat itu sedikit tumpah pada kami anak-anak.. dan juga cucu-cucu abah.. Si kecil seusia 2 tahun itu akan melaungkan merdeka pabila terlihat Jalur Gemilang.. Aku bangga!


Kalau dulu, abah dan mak selalu bawa kami anak-anak mereka ke dataran merdeka.. Melihat perarakan dan kereta berhias apabila tibanya sambutan kemerdekaan.. Dan aku sungguh teruja menanti hari merdeka untuk tahun berikutnya.. Sungguh.. Aku teruja!


Kalau dulu, kereta tua abah akan selalu pacak jalur gemilang ketika hampir tibanya Hari merdeka.. Dan jalur gemilang tu akan kekal berkibar sepanjang tahun.. Hari merdeka tahun berikutnya baru abah akan tukar yang baru.. pendek kata, kereta tua abah akan sentiasa ke mana-mana dengan kibaran jalur gemilang… Kalau abah datang jemput aku, dari jauh aku dah boleh nampak bendera kecil yang terpacak itu berkibar dengan megahnya.. Dari jauh dah boleh cam… Sungguh, aku bangga!


Itu dulu.. Segalanya telah pun berlalu menjadi kenangan.. dan abah telah pun tiada.. Apa yang penting kini, kami anak-anak akan sentiasa meneruskan semangat perjuangan patriotik yang telah abah dan mak terapkan dalam jiwa kami.. walupun hanya dengan sekadar kibaran bendera, namun pengertiannya sungguh bermakna.. Aku bangga jadi anak Malaysia..


p/s : Jum, sama-sama kibarkan Jalur Gemilang... :)



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

ArulchelseA said...

dah kibarkan kat basikal sy dah..kih kih kih

Lia-De-Pinky-Leo said...

wah.... beskal ea?.. haha.. kretif! :)

mr.dinie said...

kat rumah pn ad sngkut bendera gak..hehe

Lia-De-Pinky-Leo said...

mr. Dinie~ haha.... bagus2... semangat itu yang kita mahu,, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...