^_^

Wednesday, 24 August 2011

Dunia belog ..... Baruku tahu..

Terima Kasih pada yang telah menegur.. Terima Kasih pada yang telah menyedarkan..

Baruku sedar bahawa…~

1) Letak lagu dalam belog itu menggangu tumpuan. Mula-mula aku memang letak. Dan tak nak buang walaupun banyak blogger lain yang pernah ulas pasal lagu dalam belog. Tapi aku perasan, bloger otai tak ada pun letak lagu2 bagai dalam belog mereka. Lagipun, aku banyak buat blogwalking dan terperasan satu benda. Iaitu bila aku nak baca entry, rasa cam terganggu dengan lagu.. Dan aku pun buang lagu dalam belog ku walaupun ada rasa sayang tu.. hehe.. Sebab aku tak nak pengunjung belog ni rasa macammana yang aku rasa.. Lagipun aku suka buka banyak2 tab untuk mudah kerja.. Kalau lagu boleh stop-pause takpe lagi, kalau yang takboley tu.. Alahai.. Kesimpulannya, aku selalu akan off kan volume supaya tak dengar apa-apa masa ziarah menziarah belog..

Baruku sedar bahawa…~

2) Betapa susahnya nak kekalkan cara penulisan yang baik.. Aku mungkin bukan seorang penulis yang baik. Dan aku masih lagi dalam proses pembelajaran. Bukan senang ooo nak tulis dengan bahasa melayu formal. Sebab aku tak suka pengunjung susah nak baca bila aku tulis dengan terlalu singkat. Nanti mesej tak sampai.. Tu pendapat akulah.

Baruku sedar bahawa…~

3) Betapa peningnya nak fikir entry apa nak post.. Bukan senang nak tulis benda yang orang lain mudah baca. Aku bukan pakar nak bagi tutorial bagai.. tengok je la belog ni.. Sempoi dan agak kelam kabut.. .. Sudahnya aku tulis apa yang aku rasa dan alami dalam hidup seharian. Tapi aku pastikan apa yang aku tulis tersirat pengajaran walaupun sebesar kuman..

p/s : ini hanya pendapat aku semata-mata.. Tidak ada kena mengena dengan mana2 individu..

6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

si cantik sally said...

haha..pendapat saye kalo tak nak terganggu mase bace entry teman2 slow kan saje volume uh jek..macam saye oke jek siap rajin komen...haha...>_<

Umedia Network said...

Setuju dgn pndapat Sally. hee. :)

ArulchelseA said...

memang susah..klau nk buat apa yg org suka..jd aku pun buat la apa yg aku suka..kih kih kih.. tp blog ni ok..

Lia-De-Pinky-Leo said...

hahha.. masing2 ada pendapat sendiri., :) tq anyway...

Aien Najib said...

ain rase yang no 1 tu takde masalah kalau lagu kena dengan blog .kalau pasang lagu hardcore ke ape memang ain blacklist awal-2 .tak jejak dh :p HAHA *kejam

SITI NOORNADIYANA said...

setuju dengan yg no 3 tu. kadang2 pening sebab tak tahu nak update entry ape.

tapi, sebenarnye bile kite cerita benda yg berlaku dalam hidup kita hari-hari & bagi pengajaran dari ape yg berlaku tu, entri tu lagi ade soul... sbb pengalaman sndri kan..

pndpat yana lah. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...