^_^

Saturday, 13 August 2011

Contest Aku Berpuisi - Gema Memanggil Aku Pergi


Tiada hidup kedua kali, melainkan dengan Kekuasaan Illahi..


Tidurku tidur terulit sang mimpi..

Lena di buai sang bayu pergi..

Mengiring aku jauh menjelajahi..

Istana berbelukar kakiku terpasak lagi..


Jauh aku berkelana..

Menikmati alam angkasaraya..

Hujan dan panas tiada ku terasa..

Kerna jalanku berteman Allah yang Esa…


Tiba aku ditempat yang sunyi..

Hanya dengusan dan hembusan yang dapat ku dengari..

Mengganggu ketenangan perjalanan ku ini..

Menuju pulang asal usul sendiri..


Gangguan itu menerpa lagi..

Mengejari aku yang semakin dibayangi sepi..

Ketakutan mula merajai hati…

Lantas sayup-sayup suara gema ku dengari..

Seolah memanggil, menyeru aku kembali..

Kembali pulang ke dunia ini..


Allahu Akbar!

Tersedar aku dari mimpi ini..

Alam koma yang sungguh ngeri..

Ditemani alam dan keadaan sunyi..

Dan mengingatkan aku akan kesakitan ini kembali..


Dan aku insafi..

Hidupku ini.. hidup kedua kali..

Tidak akan ku ulangi lagi..

Segala kesesatan dan kemurkaan Illahi..


Allahu Akbar..

Jika aku dimatikan kelak..


Ambillah nyawaku tika aku dalam pelukan rahmatMu..

Ya Rabbul Izzati..


-----------------------------------------------------------


(klik banner utk join skali, valid till 31 August)

Saya Jemput mereka ini untuk sama menyertainya

a

Amy Liana

Bintang hatiku

Pengembara Tanpa Kompas



20 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Mohamadazhan.com said...

salam sahabat

terima kasih atas kesudian menyertai contest sulong saya =)

puisi yang puitis penuh mesej kesedaran akan pentingnya hubungan dengan Maha Pencipta =)

salam ramdhan jua =)

Lia-De-Pinky-Leo said...

thanks 4 u to.. :)

Hans said...

semoga berjaya juga untuk kamu
:-)

Hafidz said...

terima kasih follow saya ya..saya masih baharu belajar..:)

aleen aiden said...

wah...ini deep nih..hu3

Lia-De-Pinky-Leo said...

Hans, Hafidz, Aleen aiden~

Thank for reading! :)

s a r said...

assalamualaikum :)

salam ziarah. menarik sangat sebagai ingatan. thanks.

p/s- good luck! insyaAllah. :)

Lia-De-Pinky-Leo said...

sar~

thanks alot! :)

baby said...

wah !indah..
hhee..gdluck !
em..kamo0..plisz tlg nona..\dop ur komen kt sini..letak laa pape komen un...

http://nonasani.blogspot.com/2011/07/tanya-akutip-kurangkan-stress.html

Lia-De-Pinky-Leo said...

baby ~

Tq! :)

fiq. said...

viewed, alam koma?pernah alami ke?

ArulchelseA said...

"tuhan mendengar lebih dari apa yg kita katakan, Dia menjawab lebih dari apa yg kita minta, dan DIA memberikan lebih dari apa yg kita inginkan"

A Crack Mirror said...

bnyak yg telah diperkatakan mereka..secara ringkas..saya kata awak kreative.

::siti norbaiti:: said...

nice :)
sy xde bakat kot nk buat puisi mcm tu..hehe

Lia-De-Pinky-Leo said...

fiq ~ some1 around me...

arul ~true,segalnya telah ditentukan.

crack mirror ~ tq ya..

siti ~huhu.. tq

TQ to all 4 reading my entry... :)

$hakirShafiee™ said...

Ziarah melihat finalis top10 contest aku berpuisi :)..

tahniah dan gud luck..

http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/07/17/contest-aku-berpuisi-warna-warni-bersih-2-0/

maizatul suraya said...

hebat! tahniah dpt tersenarai dlm senarai top10 contest aku berpuisi :)


goodluck;)

hanjila said...

all the best (:

Norgadis Labuan said...

Tahniah

Syahirah said...

tahniah!

btw, salam perkenalan =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...