^_^

Wednesday, 24 August 2011

Bukan senang nak puaskan hati semua orang…


Tegurlah demi kebaikan~.,

Kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik untuk kebaikan bersama.. Dah buat sehabis baik… tapi nak buat macammana, ada benda yang kita buat, yang ada orang tak suka..

Secara amnya, manusia memang macam tu.. Selalu je rasa mudah tak puas hati dengan orang lain.. Kadang-kadang tu perasan dirinya bagus, padahal tak la bagus mana….

Kita selalu je nampak keburukan orang lain.. Kadang kita tak sedar kesilapan yang kita sendiri buat.. Kalau tak ada orang tegur, maka kita tidak pernah akan sedar..

Untung kalau ada yang sudi menegur, dan untung juga kalau kita ni jenis yang mudah terima teguran orang.. Kita kena muhasabah diri.. Kadang kita tak sedar, apa yang kita buat tu dah pun melukakan hati orang lain.. Dia diam dan makan hati.. Kita pula buat-buat macam tak ada apa yang berlaku.. kalau tak sedar tu, wallahualam lah..

Kesimpulannya, tegur menegur tu penting untuk kebaikan bersama. Tapi ingat, teguran ada caranya.. Kena juga tengok orang yang nak di tegur.. Kalu jenis yang touching tu, kenalah diplomatic sikit.. Slow talk.. Cakap lembut-lembut.. InsyaAllah.. dia akan terima..

Macammana pula yang jenis kepala angin dan susah nak terima pendapat dan teguran?.. Yang ini tak ramai yang berani bersuara. Takut kena sembur 5 kali ganda.. Sebab apa yang kita cakap, akan dibalas dengan jawapan yang agak menyakitkan… Untunglah kalau ada yang berani berdepan.. cakap face to face.. Luahkan apa yang tak puas hati secara berhemah.. Jangan main sembur je, takut jadi lain pula..Manusia ni, kalau keras-keras pun, kalau kena caranya, akan lembut juga… betul!..


(peringatan untuk diri saya juga saya hanya insan yang lemah)


p/s : tegurlah dengan cara berhemah demi kebaikan..


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lea IsNaw! said...

tp kan sebelum nak tegur org
baiki diri dulu

Lia-De-Pinky-Leo said...

yup... pada sisi yang kita boleh baiki.. tapi kita tetap perlukan teguran utk baiki diri pada sisi yang kita sendiri tidak nampak..

Ujie said...

tegur menegur demi kebaikan..itu tandanya sayang!

Fahz said...

tegur menegur tak salah.tapi biar kena dgn caranya..kdg2 ada org jenis tak leh ditegur.sbb ego terlalu tinggi.yg camtu ssh nak kawal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...