^_^

Monday, 15 August 2011

Andai Rasaku Ini Rasamu



Sejuk dan menggigil..

Dingin serta terpaku aku..

Membeku di sini menanti sinar ikhlasmu..


Telah ku ketahui..

Telah ku rasai..

Separuh dari hatimu itu..

Tidak sepenuhnya tertulis namaku..

Mengapa harus kau bohongi lagi..


Tatkala aku bertanya..

Kau nafikan segala…


Tapi aku mengerti disebalik semua ini..

Tersimpan satu rahsia..

Yang hanya boleh dirasa..

Tanpa boleh dibicara..


Aku mengerti..

Andai aku ini hanya menumpang rasa..

Di sudut hatimu yang satu..

Tapi mengapa tidak kau usaikan saja..

Agar aku bisa berlalu..


Aku ingin pergi..

Tapi kau menghalangi..

Langkah kakiku telah kau kunci..

Katamu aku terlalu mengikut emosiku ini..


Tapi dapatkah kau fahami..

Apa yang kurasakan kini??


Andai rasaku ini..

Rasamu…


Pasti kau akan mengerti….


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...