^_^

Friday, 12 August 2011

Andai bisa saja ku berlari..


Dimensi sisi bersegi~


Mahu ku terbang ke langit..

Tiada daya..

Sayapku patah belum lagi mampu kusembuhkan..


Mahu ku berenang ke lautan luas…

Tiada upaya..

Aku hanya si ikan kecil..

Hanya mampu melompat terhad di lopak air


Mahu ku berpaut pada dahan nan kukuh

Tiada termampu..

Lenganku lemah hampir patah terkulai..


Mahu ku menari riang di pentas maya..

Gemalaiku keras, kaku dan beku..


Mahu ku berlagu indah..

Menyanyikan irama sentosa.

Suara ku lekat ,

Terkumpul dan terhenti di kerongkong..

Sumbang!


Mahu ku berlari..

Menikmati indahnya dunia ini..

Mencari dan menemui..

Sisi dari dimensi bersegi…

Tiada kuasa diriku ini…

Kerna kakiku terpaku di sini..


Mahu apakan ku lagi..

Diam-diam aku disini,,


Mengharap sang pelangi,,

Membawa aku pergi….


>_<

4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

shaliza khairi said...

sang pelangi pasti muncul setelah hilangnya awam hitam tebal yg menyesakkan dada itu. ^^

Lia-De-Pinky-Leo said...

pelangi yang di nanti...

Thanks A lots Shaliza.. :)

Fuza said...

Bersabarlah menanti pelangi... Ia pasti akan muncul bersama indahnya matahari selepas hujan menyirami bumi... :-)

Lia-De-Pinky-Leo said...

indahnya bahasa,,, hehe..

Thanks Fuza...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...