^_^

Tuesday, 16 August 2011

Aku yang tidak sempurna



Tiadaku miliki sesempurna wajah bercahaya..

Tiada ku punyai susuk indah bak makhluk tuhan dari syurga..

Tiada ku punyai liuk suara yang manja…

Tiada upayaku sentiasa tampil segak dan bergaya..


Namun aku tetap manusia biasa..


Yang punya naluri dan ruang rasa..

Yang ingin disayang dan dicinta..

Yang mahukan kasih nan mesra..

Yang butuh mahligai bahagia..


Andai darjat dan harta..

Pangkat dan paras rupa,

Kaya dan berkuasa..

Menjadi medan perantara..

Demi mencapai bahagia yang tiada tara,


Maka, jauhilah aku..


Kerna aku insan yang tiada sempurnanya…


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

pertama kali saya dtg membaca puisi lia..mmg berbakat! teruskan berkarya..

Lia-De-Pinky-Leo said...

thanks kak ujie.. :).. malu.. huhu..

cik aisha said...

semua orang xsemprna...:)

Lia-De-Pinky-Leo said...

betul..

Sempurna itu terlalu subjektif..

Thank nway aisha..

ArulchelseA said...

terbaik lah..best ni..kdg2 manusia memandang kesempurnann..tp aku tk tau lg kesempurnaan mcm mana org nak..

Lia-De-Pinky-Leo said...

arul ~

hehe.. maseh...

kita yg x sempurna ni, x sapa nak pandang.. wakakkaka..

* HeeBum * said...

sekarang ni semua org nk mencari kesempurnaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...