^_^

Friday, 19 August 2011

Aku yang akan dilupakan ...



Dulu..

Sentiasa kita bersama..

Dalam senang dan gembira..

Dalam susah dan sengsara..


Bila kita dah terpisah..

Masing-masing hidup dengan hala tuju sendiri..

kamu mungkin insan bertuah..

Selangkah lebih hadapan dariku..


Tertinggal aku di sini..

Hidup dalam duniaku sendiri..


Aku menyepi..

Sembunyi diri..

Kerana kekurangan ini..

Namun kehidupan tetap ku jalani..

Walaupun ada luka tercoret dihati..


Kamu memanggil..

Kamu mencari..

Tapi aku membatu diri..

Hingga kamu mula membenci..

Mengatakan aku ini terlupa diri..

Hingga membuang kamu dari sisi..


Tidak!

Bukan begitu maksudku..

Aku hanya menyepikan diri..


Bukan bermaksud melupakan kamu dari ingatan ini..

Namun harus ku lakukan ini..

Kerana ada selumbar di hati..


Kamu ..

Maafkan aku..

Andai ada suratan ini,

Akan aku sambungkan kembali..

Ikatan kita yang terlerai kini..


Salam Ampun Maaf Luhur Dari Hati Ini..


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

budakijaupendek said...

tabah! :D

ArulchelseA said...

kdg2 kena mnyepikan diri utk menengkan keadaan..

Lia-De-Pinky-Leo said...

budakijau ~ yup.. tabah!.. tq ya.. :)

Arul ~ betul.. sehingga segalanya selesai.. heh..

tq for reading ye.. :)

Cik tikah said...

errkkk... macam pasrah je ayat. be tough dear :)

Lia-De-Pinky-Leo said...

haha.. yeah...be tough,, tq!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...