^_^

Friday, 5 August 2011

Abang Ngah.. Keajaiban buatmu..


Hari kelima di hospital~


Segalanya berjalan seperti biasa..

Abang Ngah semakin baik keadaannya..

Aku bersyukur atas rahmatmu Tuhanku..

Mengembalikan kesejahteraan kesihatan buat abangku..


Kata doktor.

Kes Abang Ngah sangat aneh..

Keluar dari ICU tanpa tebukan dileher..

Kerana setiap pesakit asma tahap kronik..

Biasanya akan ditebuk leher sebagai satu alternatif pernafasan..

Kerana keadaan peparunya yang tidak mampu berkembang dengan baik..

Dan pernafasannya perlu dibantu…


Sekali lagi ku panjatkan syukur..

Padamu Illahi..


Kata doktor lagi..

Asma boleh membawa maut..

Tambahan pula pabila sampai tahap kronik..

Dan tebukan leher dilakukan..


Penerangan doktor cukup membuatkan aku ngeri..

Betapa bahaya penyakit ini..

Yang biasanya dipandang remeh oleh masyarakat..


Kata doktor lagi..

Semangat abang Ngah kuat..

Mungkin penyebab dia segera saja kembali stabil..

Berbanding pesakit yang sama keadaan sepertinya..


Sekali lagi ku panjatkan syukur..

Biarpun Suaranya masih lagi antara dengar dan juga tidak..

Meskipun nafasnya masih lagi berombak..

Namun Abang Ngah gagahkan diri..

Mahu kelihatan sihat dihadapan kami..


Dan aku tahu…

Abang Ngah akan segera sembuh dan sembuh lagi..

Sehingga mampu berdiri dan berlari..

Bersama lagi untuk mengejar pelangi..


Tahniah Abang Ngah..

Harus kuat ya???


Terima Kasih pada yang setia menyokong..

^_^

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...