^_^

Thursday, 14 July 2011

Takdir kita berbeza..


Kamu dan diriku..~


Tatkala kamu tersenyum.. ku jua tersenyum…

Biarpun zahirnya terlihat senyumanmu yang lebih menyerlah…

Aku tetap tidak mahu mengalah…


Tatkala kamu melangkah ke asrama..

Ku jua turut memohon yang sama..

Biarpun tempatmu lebih kelas dan bernama,

namun legaku terasa kerna ku jua keluar dari kepompong keluarga,,


Setiap ujian dan exam yang kita tempuhi, kamu sentiasa saja lebih cemerlang..

Ku tersenyum jua…

sekurang2nya kamu mampu membuat senyuman mereka lebih manisnya.


Usia membezakan kita..

Namun kita sama..

Masa berlalu dengan pantasnya…

Tatkala aku masih lagi tergapai2 mencari arah hidup ini..

Kamu telah menggenggam satu kejayaan..

dan menunggu untuk menggenggam lebih erat dengan kedua tangan..


Aku yang masih begini..

Dan terus begini..

Dan kamu mara dan terus mara..


Mungkin Kamu bertuah.. mungkin kamu beruntung,,,

Biarpun ada sedikit kecemburuan terselit dalam hati ini..

Namun kebanggaan meresap dalam jiwa ini…

Kamu menjadi kebanggaan… kebanggaan keluarga..


Dan ku masih mencari titik untuk bermula…

Mencari ruang untuk bertapak.

Mencari nafas untuk menghela…..


dan belajar untuk tidak mengalah!!!

>_<



2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

muz said...

Hidup perlu sentiasa diteruskan walau paip besi 3 tan melintang, jangan dijadikan halangan... :)

Segmen : Gadget Kesayanganku

Lia-De-Pinky-Leo said...

betul... life must go on... tq mus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...