^_^

Wednesday, 27 July 2011

Sehelai kemeja koyak berjalur biru



Biarkan cerita itu menjadi kenangan..

“Kakak, kenapa tak bagitau abah baju ni koyak?” Kata abah sambil menunjukkan baju kemeja jalur birunya padaku.

“Aik, koyak ke?, hehe.. mana kakak nampak abah pakai tadi..” aku membelek-belek lagi kemeja abah..

Benar, telah koyak dari ketiak kebahagian bawah lengan. Memang besar koyaknya.

“Malu abah.. mujur takde orang tegur masa beli barang kat Carrefour tadi’” Ngomel abah..

“hehe… kalau ada orang nampak,mesti dia gelak2.. “ Kataku sambil mengusik abah lagi..

Dan kami ketawa terbahak-bahak bersama..

----------------------------------------------------------------------------------------

Linangan airmata ini tumpah lagi… itu kenangan yang lalu.. , aku kehilangan abah tercinta… maka hilanglah jua seri dalam hidup ini.. perginya bersama menemani pemergian abah ke alam sana…

Ku cium lagi kemeja koyak berjalur biru ini.. Wangian tubuh abah masih lagi bertahan. Biarpun abah sudah tiada bersama, namun kemeja koyak yang kutemui tersangkut kemas dibelakang pintu bilik abah menjadi peneman duka ini.. Kemeja yang masih belum sempat dicuci..

Kemeja ini jualah menjadi teman tidurku sepanjang kepulanganku ke kampus selepas ketiadaan abah… dan sehingga kini, masih lagi berlipat elok dan ku bungkus kemas dalam plastik, agar aku tidak lupa harumnya wangian kegemaran abah..

Masih ku ingat pada malam pertama selepas ketiadaan abah, aku duduk berteleku bergelap dalam bilik, keseorangan.. Menangis sambil mencium lagi kemeja abah, tiba-tiba seorang anak buah ku datang menghampiri..

“kenapa makteh menangis.. kenapa cium baju atuk?”

Aku malu sendiri.. dan ku jawab juga pertanyaan si kecil 5 tahun itu..

“makteh rindu atuk… makteh sayang atuk..”

“00hh..along pun sedih.. nanti, kalau along meninggal, makteh cium baju along jugak ker?”

Ya tuhan..harus bagaimana aku membalas kata-katanya itu…

Ku diamkan saja, dan dia akhirnya pergi mendapatkan jawapan pada ahli kelurgaku yang lain..

Betapa kanak-kanak jua tahu akan hakikat kematian itu…

Biarpun abah tiada di mata, namun abah akan tetap dihati selamanya…

Sehelai kemeja koyak berjalur birumu ini akan kusimpan buat kenangan...

dan buat sekian kalinya.. tewas lagi airmata ini...


Al-FATIHAH BUATMU ABAH..


>_<


2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Fazil Hamid said...

al-fatihah...
salah satu yg dibawa oleh manusia apabila mati adalah doa anak yg soleh...

Lia-De-Pinky-Leo said...

thankz fazil...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...