^_^

Wednesday, 27 July 2011

Saat kau pergi, jangan pernah terfikir untuk kembali lagi..




Dalam hati ini,

Penuh dengan sebuah rasa..

Rasa yang sangat aneh..

Seperti sebuah dimensi rasa yang berapungan diudara,,

Hanya ada bebayang aku dan kamu..

Yang semakin lama semakin hilang dari ruang minda..


Dalam hati ini,

Telah terdetik satu rasa,

Yang mengkhabarkan aku akan kehilangan..

Kehilangan sebuah kehidupan cinta..

Cinta itu adalah cinta kamu..


Dalam hati ini,

Telah merasa sesuatu,

Tatkala melihat kamu dan dia,

Biarpun hanya di alam maya..

Memberi sebuah gambaran yang bukan sedikit sakitnya..


Dalam hati ini,

Telah tercoret luka,

Akibat ketidakjujuranmu,

Membelakangiku dalam keputusan hidupmu..


Dalam hati ini,

Telah pun berkata..

Jika dia telah wujud dihatimu,

Maka kau akan kehilangan diriku..

Berbahagialah kamu bersamanya.. selamanya..


Dalam hati ini,

Tersemat satu rasa..

Dan juga kata-kata..

Bahawa..

Jangan pernah terfikir untuk kembali..

Saat kau mula jauh meninggalkan diri ini..

Semoga berbahagia selamanya…

Bersama dia yang kamu damba…


Doa kudusku buatmu..


Saat kau pergi, jangan pernah terfikir untuk kembali lagi..


>_<


3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

shida said...

ouch..
yeah
hati ini berperisa pahit dan sakit..hu3~~~
sgt mndalam mksud kamu ini

Lia-De-Pinky-Leo said...

yup.. mendalam... hanya yg mendalami akan mengerti.. :)

Belog Sambal Belacan said...

mksd yg tersirat..nice entri

http://akutetapaku85.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...