^_^

Sunday, 24 July 2011

PTD tu apa kebendanya…??


~PTD oh PTD~

Setelah pusing2 satu Malaya ni, barulah berkesempatan nak update blog.. Sangat2 sibuk dan menyibukkan diri settlekan hal2 penting dalam kehidupan ini… eceeceh..

So, after kira2 10 Hari meninggalkan arena penulisan ini… me kembali untuk menulis.. biarpun hanya secoret dua, ia sudah memadai bagi menghilangkan sedikit rasa kegelisahan ini…

So, sekadar nak share apa itu PTD bagi yang tak tahu.. PTD tu sebenarnya adalah singkatan bagi Pegawai Tadbir Diplomatik.. M41.. Apa kebendanya tu??? Haha.. Skop kerjayanya adalah luas.. dan tersangatlah bangganya sekiranya terpilih menjadi seorang PTD.. Tu pun kalau minat nak menyumbangkan tenaga dan keringat untuk sektor kerajaan..

Sebab apa?? Banyak sangat tapisan dilakukan untuk mendapatkan calon yang benar2 layak.. dari data tahun lepas, kalau tak silap, hanya 300-400 kekosongan yang ditawarkan tetapi calon yang memohon 30,000-40,000 orang.

Uisshhh… n kalau nak tau, ada calon yang dah 5 kali amik exam masih x lulus lagi.. bayangkan camner susahnya soalan.. n mungkin bukan rezeki dia…

Nak dijadikan cerita, minggu lepas exam PTD telah pun dijalankan serentak seluruh negara.., maka ramailah umat manusia yang telah terpilih berpusu2 untuk memasuki dewan periksa.. (dengan penuh debaran di dada). Me pun salah seorang dari yang resah gelisah tu.

Sebelum exam start, me perhatikan dalam ramai2 calon, kalau nak buat statistic, hanya 2/10 adalah lelaki.. jadi, saingan kuat untuk calon wanita.. so, sapa2 yang mantap, akan Berjaya ke peringkat tapisan seterusnya.. untuk exam peringkat pertama ni, 5 paper exam yang perlu dilalui.., meliputi pengetahuan am, matematik, pemahaman, esei b.melayu dan juga esei b.inggeris…

Biasanya soalan killer datangnya dari paper pengetahuan am… kalau tak baca paper, tak tengok berita, tak ikuti perkembangan semasa macam me ni, kena study hard la… kalau tak, kompom terpaksa main dadu time jawab exam.. heehhee.. sebab jawapan semuanya macam betul jerk.. hadoiii...

Ape2 pun, segalanya telah berlalu.. n now its time to berserah.. tunggu resultnya d hujung ramadhan nanti…


^_^



0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...