^_^

Monday, 25 July 2011

Perjalanan hidupku… Jun-Julai..


Diari kehidupanku..~


2 bulan ni hidupku penuh dengan aktiviti kehidupan, kekeluargaan dan kemasyarakatan…

Berhijrah sana dan sini…

Menikmati indahnya kehidupan tanpa komitmen..

Namun punyai misi dan tujuan yang satu..


Perjalananku..

Bermula di Jenderam Hilir….

Merantau ke Kota Bharu Kelantan..

Melihat cara dan budaya yang berbeza..


Kembali semula Kuala Lumpur..

Hanya sehari di home town, Sudah bertolak ke Lumut Perak..

Beberapa hari yang terisi dengan gelak dan tangis si kecil..

Kenakalan dan keriangan yang berpanjangan..


Selepas itu melangkah semula ke Jenderam hilir..

Menghadapi satu peperiksaan besar..

Sebagai penentu Permulaan kerjaya..

samada berjaya atau tidak, telah pun ku serah pada yang Esa…

Di tanganku hanya tawakal dan Pasrah atas takdirnya..

Telah ku cuba yang terbaik


Kemudian terbang pula ke Melaka, Bandaraya Bersejarah,..

Menikmati indahnya musim-musim buah di dusun warisan..

Mendengarkan nyaringnya nyayian sang cengkerik dan unggas rimba..


Langkah ku kembali ke Nilai, Negeri Sembilan..

Mengisi lagi kehidupan dengan tangis dan tawa kanak2 riang..

Yang dalam hatinya hanya mereka dan dunia mereka..


Seminggu di Nilai… Terbang semula ke Melaka..

Memenuhi undangan sanak saudara..

Menemui mereka yang sudah lama tidak ketemu..


Dan kini…

Aku kembali..

Merehatkan tubuh dan minda..

Tiba pula masa untukku..

Mengisi hari-hariku dengan urusan hatiku…

Memikirkan masa depan yang kian jauh meninggalkan aku di sini..


Dan aku akan cuba mengejar..

Demi satu harapan..

Aku akan cuba…

^_^



2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

iMBobo said...

bestnye berjalan... :) kalau ada gmbr tempat2 menarik boleh share :)

shida said...

orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...