^_^

Saturday, 30 July 2011

Peritnya derita merindu..


Rindulah kerana keikhlasan~


Rindu itu satu anugerah..

Itu kata yang selalu kita dengar..

Rindu juga satu kenikmatan..

Itu juga biasa sangat kita dengar..


Tapi bila ada rindu yang menyakitkan..

Kita jadi pelik…

Kenapa rindu menyakitkan?

Kenapa rindu yang sepatutnya membahagiakan..

mampu menyakitkan??


Jawapannya banyak..


Ia biasa terjadi,..

Dan penyebab utama kepada rindu yang menyakitkan ini..

Adalah rindu yang tidak mampu terluah..

Juga rindu yang tidak terbalas..


Merindu pada mereka yang tidak merindu..

Merindu pada mereka yang kelu..

Merindu pada mereka yang berhati batu..


Mengapa merindu?

Rindu hadir kerana sayang..

Rindu wujud kerana kasih..

Rindu datangnya kerana kenangan..

Kenangan yang bermain diingatan..


Apabila rindu itu sudah keterlaluan…

Airmata kadangkala menjadi teman..

Medan melepaskan beban..

Keluhan demi keluhan..

Rindu yang menyiksakan..!


Rindu itu sangat dalam maknanya..

Bahagia merindu pada mereka yang tulus..

Rindulah kerana keikhlasan..


Bagaimana??


Hanya hatimu ada jawapannya…

^_^

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...