^_^

Thursday, 28 July 2011

Kerna menulis itu hobiku..


hanya yang sudi akan membaca..

hanya yang mendalami akan memahami..

biarkan saja mereka menilai...


Menulis memberikan kepuasan diri..

Puas kerana dapat melepaskan sesuatu..

Yang selama ini terbuku hanya di hati


Menulis mampu meluah rasa..

Rasa yang bukan sedikit jumlahnya…

Sekaligus menerbitkan damai dihati.


Menulis membenarkan hati bersuara.

Yang tak mampu terzahir dari bibir..

Lalu tercoret kata oleh jari jemari..

Didorong oleh olahan minda..


Menulis memberikan ku erti..

Yang takkan ada yang mampu memberi..

Erti sebenar sebuah hasil nukilan hati..


Menulis menjadikan aku lebih berseni,,

Mengembangkan imaginasi diri..

Yang tergambar dari hati nurani,,

Menjadikan hasilnya lebih asli..


Usah lagi ditanya mengapa..

Jawapannya hanya satu…


Kerna menulis itu adalah hobiku…

^_^


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...