^_^

Tuesday, 26 July 2011

Bonda.., Ampunkan diri ini..



Menangis lagi semahu-mahunya…

Harini, aku rasa sedih sangat.. sedih sangat2.. tak dapat cerita macam mana perasaan tu.. pertama kali dalam hidup, aku dilabel sebagai anak kurang ajar.. Ya Tuhan.. ampunkan semua dosa-dosaku… aku tidak mahu jadi anak derhaka…

3 bulan tanpa komitmen belajar dan bekerja membuatkan aku sedikit tertekan.. tak tahu kenapa… hidup ni berjalan seperti tiada apa yang harus kukejar. Hidup tanpa matlamat. Hidup tanpa arah tujuan. Bangun2 pagi, buat sarapan, kemas-kemas rumah sikit, tengok tv.. Lepas tu dah pun tengahari.. Masak untuk lunch pulak.. Lepas makan, tidur…. Bangun tidur tengok tv dan makan lagi.. Malam , tengok tv lagi.. Kadang-kadang mengasuh anak saudara.. itulah jelah rutin harian aku 3 bulan ni.. Sampai satu tahap aku rasa sudah terlalu bosan dengan semua ni…

Tadi, masa tengah memasak tengahari, mak meluah kata-kata.. dan aku balas seperti biasa.. kami berbual dan berbalas-balas pandangan, sehinggalah sampai satu ketika, aku tak sengaja terkasar bahasa dengan mak…

Mak terdiam.. tapi bila mak bersuara semula, aku pula yang terkedu.. “makin hari mak tengok kau ni makin menjadi-jadi.. semakin kurang ajar… dah tak macam kau yang dulu…” lebih kurang macam tulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut mak yang membuatkan aku tidak senang duduk..

Ya Tuhan.. apa yang telah ku lakukan,.. aku tak sengaja… memang apa yang mak cakap, ada saja yang aku balas.. tidak pernah satu pun aku setuju.. sebab bagiku, pendapat kami tak sama.. dan sebetulnya aku seorang yang sukar mendengar kata.. hmm.. mak, ampunkan anak mak yang seorang ini… ampunkan orang mak…

Mak menangis tersedu-sedu… empangan kolam airmataku turut pecah, mengalir tanpa henti… sudah basah lengan bajuku jadi tempat mengelap segala tumpahan hujan airmata ini… aku masih lagi terus memasak dengan penuh lelehan airmata.. turunnya tanpa henti…

Terasa sungguh bersalah diri ini.. ingin saja ku peluk dan kucup tangan mak memohon ampun dan maaf.. tapi tubuhku terasa kaku… diri ini sungguh berdosa… Ya Tuhan… Ampunkan dosa-dosaku… lembutkan hati mak untuk memaafkan diri ini… mak… maafkan orang….

dan airmata ini masih terus mengalir...

>_<



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

muz said...

mohon ampun wak...sesungguhnya allah memurkai hambanya yang menitiskan air mata kedua orang tuanya...pergi minta maaf kat emak...jangan buat hati dia patah...dia pasti maafkan wak sebab bak kata pepatah segarang mana singa betina namun tidak pernah menggigit darah dagingnya sendiri....

Lia-De-Pinky-Leo said...

tq for your advise muz... I will.. thanks again.. rajin awk baca n drop komen.. :)

hira said...

walaupun teruk macam mana perangai anak tu, ibunya takkan simpan dendam. sesungguhnya seorang ibu itu sangat kasih dengan anaknya. minta ampun elok-elok. insya Allah dia akan maafkan kamu. hati seorang ibu kan sangat lembut :)

Lia Irdelia said...

hira ~

yup.. hati seorang ibu sangat lembut.. huhu.. Tq ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...