^_^

Tuesday, 26 July 2011

Betul ke anak perempuan lebih rapat dengan abah??


Siapa yang lebih disayangi???


Satu persoalan yang sampai bila takkan ada jawapan betul dan salah..

Setiap orang yang ditanya pasti akan memberi jawapan yang berbeza..

Masing-masing melihat kepada situasi dan keadaan diri mereka sendiri..


Ada yang akan setuju…

Mengangguk tanda mengiyakan..

Dan pasti akan ada yang menggeleng laju..,

Menandakan mereka sama sekali tidak bersetuju dengan pertanyaan ini..


Tidak kurang juga ada yang tidak dapat memberikan jawapan pasti..

Kerna bagi mereka, kedua-duanya sama..

Hakikatnya..?


Berbeza bagi setiap keadaan..


Bagiku?..

Ya, aku lebih rapat dengan abah…

Lebih senang meluah kata dengan abah…

Lebih mudah mesra dengan dia yang bergelar abah..


Tapi itu tidak bermakna Bunda ku tepikan..

Tidak sama sekali…

Bunda selamanya bertakhta di hati ini...


Aku sayang keduanya…

Aku perlukan keduanya..

Tanpa mereka, tiadalah aku di dunia ini..


Biar apa pun jawapan bagi persoalan ini,

Hakikatnya tetap satu…

Kasih ibu membawa ke syurga…

Kasih bapa setia selamanya…


Sesungguhnya, kasih sayang ini tiada berbelah bagi…

Kerna mereka tiada galang ganti…

Sayangi mereka sementara mereka masih ada disisi..


^_^



2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

hira said...

huhu. betul! kadang-kadang tak semestinya kita rapat dengan ayah kita ketepikan ibu. haaaa.. by the way, semoga bahagia di samping keluarga tercinta :)

Lia-De-Pinky-Leo said...

kan..kan..., tq hira...
Hope the same goes to u.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...