^_^

Friday, 17 June 2011

Rindu pada yang Tiada


Rindu padamu.. ~

Abah.. dah lama rasanya bibir ini tak memanggil panggilan nama itu… Abah,,,, masuk hari ini, ketika entry ini ditulis , telah hampir 1 tahun 6 bulan abah hilang dari pandangan mata ini… Jauh dari penglihatan,,, Namun sentiasa dekat dalam hati.. Terlalu rindu rasanya bibir ini untuk memanggil namamu… a,b.a.h

Masih lagi terngiang2 akan suaramu yang memecah keheningan suatu petang… Ketika itu aku dan adik permpuanku duduk berbual diruang tamu... Kami pulang ke rumah bukan pada waktu cuti semester, bukan juga pada cuti hujung minggu, tapi pada ketika cuti study week.., hanya beberapa hari sebelum peperiksaan semester.. .Aku pulang setelah menerima berita yang abah masuk hospital.. memang tak tenteram lah rasa hati ni, terus aku mintak tolong member hantar ke stesen bus, beli tiket balik Kl. Nasibku baik kerana bas ekspress ke Kuala Lumpur memang banyak.

“ Kenapa balik, abah ok aje,.. dah sihat dah ni.. kan nak periksa dah, perjalanan hidup korang panjang lagi.. periksa buat elok2… abah dah tak lama.. ”

Aku kuis kaki adik sambil pandang muka dia… Sentap pulak bila dengar apa yang abah cakap tu.. huhu… Aku terasa something yang tak best.. TApi aku dan adik diamkan aje… tak tau nak jawap apa..

Satu petang dalam minggu yang sama, sebelum aku dan adik balik ke kampus,,

Aku, adik abah dan mak tengah tengok TV, pastu abah tiba-tiba nyanyi…

“Bukannya aku tak tega, bukan pula aku tak cinta, Kerana orang tua yang tak merestui cinta kita.. Dermaga saksi bisu, saat ku kecup keningmu, Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku aku lihat kau menangis….”

Time tu, kami gelak2 jerk, ketawa riang sebab abah dulu memang suka menyanyi.. Tapi nyanyi lagu2 evergreen zaman 60-70 an jela.. Bila abah nyanyi lagu Iklim ni, rasa kelakar je.. Hee.. Abah memang menghiburkan…

Walaupun abah seorang yang pendiam, tapi abah gemar bercerita.. Macam2 cerita abah cuba sampaikan pada aku dan adik2.. Cerita hantu la.. cerita zaman abah kecil2 dululah.. cerita peristiwa berdarah 13Mei la… macam2 la.. Time tu aku tak terfikir nak catat apa-apa yang penting, sebab rasa seronok mendengar melebihi segalanya.. Abah memang pencerita yang baik..

Abah jarang marah… Mungkin sebab abah jenis yang kurang bercakap… tapi bila abah dah marah, semua orang jadi takut.. Aku penah tengok abah mengamuk… Takut.. Serius takut.. hehe.. Kalau abah marah, abah akan diam je.. Tapi lepas tuh, abah suka buat slow talk.. Cakap heart to heart.. Aku pun banyak kali kena dulu… hahha… Abah seorang yang sabar..

Aku ingat lagi… Masa aku masih belajar kat Shah Alam… Abah setia hantar aku balik setiap minggu kat rumah sewa… Betapa manjanya aku… padahal boleh je balik sendiri… hm.. Cuma diakhir2 pengajian jerk aku dah tak mintak tlg abah antar.. Sebab balik dengan kawan2.. Time abah hantar, aku turun jer dari kereta, dan lambai abah sampai kereta abah dah tak nampak dari pandangan mata… Baru aku masuk dalam rumah… Sama jugak masa aku praktikal diploma dulu, abah setia hantar dan ambil dari opis… Aku akan lambai dan tengok abah pergi sampai motor abah dah pergi jauh dan tak Nampak dah… huhu… sedih… Teringat…

Orang cakap, anak perempuan akan lebih rapat dengan abah.. dan anak lelaki akan lebih rapat dengan mak… Betul ke erk?? Aku pun tak tau,, Itu kena nilai sendiri lah dalam hati.. Sayang, memang sayang pada keduanya… Tapi dengan siapa kita akan selalu mengadu dan bercerita bila ada cerita untuk dikongsi??? Terpulang… hmm..

Bila aku dapat result by post tiap2 semester 3 -4 tahun yang lepas, abah orang pertama yang akan salam aku, sambil ucap tahniah.. Aku sangat terharu… Merasa kejapnya jari-jemari abah menggengam erat tanganku. Sungguh! Aku teramat rindu…

Masa aku pertama kali bercinta dan putus, abah orang pertama yang bertanya… Dan aku jawab, “Ya, dah tak kawan dah dengan dia”… Peka nya abah..

Masa aku duduk kat asrama tingkatan 4& 5 dullu, abah selalu bagi duit syiling dalam bungkusan elok berbalut kertas.. Dengan duit tu, aku selalu telefon mak, telefon rumah dan menangis,,,, manjanya aku… Tapi memula jerk…Bulan2 pertama berjauhan dengan mak abah…. Huu… tapi lepas tu dah tak nangis dah… Setiap hjung bulan, tak sabar nak balik dan sebok suruh abah jempot kat stesen wangsa maju… Padahal bus ada jer… Kesian abah…

Kalu dulu, nak pergi mana2-mana, abah setia menghantar… Abah ada kat mana-mana..Bila2 masa yang aku perlukan… Kini harus aku akui, bahawa aku dah kena berdikari… Walaupun aku kini masih lagi sentiasa bermanja… berlemak dan bergulai kat rumah… Abah masih sentiasa meneman.. Teman dalam hati..

Kini, dah tiada lagi tangan kasar dan besar untuk ku Cium dan gengam erat… Tiada lagi ciuman kasih di pipi kanan dan kiri dari seorang yang ku gelar abah… Tiada lagi senyuman dan gelak tawa riang abah. Yang ada Cuma kenangan.. yang ada Cuma bisikan angin yang sesekali menyapa membuatkan keerinduan semakin kuat padanya yang ku gelar abah…


Kaseh ibu membawa ke syurga.. Kaseh bapa hingga ke akhirnya,,,



Abah, Terima kasih atas segalanya… Detik bersamamu tetap akan utuh dalam hati ini… Selamat hari bapa abah… Hanya doa kudus mampu ku kirim sebagai tanda sayang dan rindu padamu


>_<

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...