^_^

Friday, 17 June 2011

Putus Cinta- Bukan berakhirnya Dunia



Usah disesali lagi..


Berakhirnya cinta bererti berakhir jua kisah sayang menyayang serta rindu merindu pada si dia. Usah lagi ditangiskan pada cinta yang telah berakhir… Bia'rkan saja luka itu sembuh sendiri… Memang, dan sememangnya luka kerna putusnya kasih itu tidak terperi, apatah lagi setelah lama berkasih dan menyulam sayang. Tapi apakan daya, pelayaran tidak sampai ke akhirnya dan karam ditengah jalan.


Siapa yang mahu terluka? Siapa yang mahu kehilangan cinta? Tiada!.. Hanya bagi mereka yang bertuah saja yang benar-benar telah ditetapkan untuk bersama hingga ke akhirnya.. Maka itulah jodohnya.. Jodoh yang telah termaktub sejak di loh mahfuz.. Kita tidak akan tahu siapa sebenarnya kita sehinggalah ijab dan Kabul terlaksana…

Itulah sememangnya takdir buat mereka yang bertuah… Pada insan yang cintanya tidak kesampaian, terputusnya di tengah jalan dan karam dilautan, usahlah bersedih.. usah jua dimenung dan ditangis lagi… Ingatlah… setiap kejadian itu ada hikmahnya…. Setiap yang patah, akan tumbuh dan setiap yang hilang akan berganti..


Percayalah.. walaupun yang tumbuh dan yang berganti itu tidak sama dan serupa dengan yang lama, pasti wujud keistimewaan tersendiri dalam dirinya.. Kerna telah disebut-sebut yang datang pasti kan lebih baik dari yang sebelumnya… Benar atau tidak , percaya atau tidak bergantunglah pada pendapat dan diri masing-masing. usah di sesali lagi..


Belajarlah dari setiap pengalaman cinta yang diperolehi… Bukankah pengalaman itu adalah guru terbaik buat diri kita?? Juga hanya pada yang benar-benar mengambil iktibar darinya… Yang penting, percaya diri dan usah terlalu cepat berputus asa… Berakhirnya cinta bukan bermaksud berakhirnya dunia…


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...