^_^

Saturday, 11 June 2011

PM- WelCome to our Kampung....


Jumaat, 10 Jun 3.30-4.15pm ~

Setia menunggu depan rumah…. Kengkonon dapat tengok PM dari jarak dekat lalu depan rumah… x caya???? Hehhe.. memang x percaya… Polis punyalah ramai dok jaga laluan utama masuk ke area taman rumah me… ‘LemBah Keramat’.. Mana2 kereta yang tak ada sticker khas, tak dibenarkan masuk area Perumahan ni.. So, kereta2 dari luar kawasan sumer kena parking jauh n they all kena jalan kaki masuk pintu utama laluan… Gempaq x?? kalau tak, sesak giler kot nanti…

Ramailah umat kawasan perumahan me yang sedia dan setia lepak berdiri depan rumah sebab tak nak miss detik bersejarah Perdana Menteri Malaysia Melawat kawasan perumahan.. Me bersama 4 orang anak buah pun sama sibuk dan teruja nak saksikan detik tersebut..

So, tunggu punya tunggu, akhirnya terdengar bunyi motor kuasa besar Polis trafik… dan akhirnya meluncur laju kereta yang membawa Beliau lalu depan rumah… Me and all anak buah punya lah frust, sebab PM dijadualkan akan berarak dengan menaiki basikal… tapi terpaksa cansel mungkin sebab hujan rintik2.. FRUST GILER!!!.. Huhhu…Kereta pun meluncur laju jerk… x berapa sempat nak snap picture yang best2… huhuhu…

Oleh kerana frust, me pun berdedai ngan anak2 buah ni menapak kira2 150 langkah menuju ke Padang tempat khemah berucap di dirikan… memang sesak dan meriah!.. makanan jangan cakap lah… best tau dapat makan free… heehe… tengah2 syok snap picture, bateri camera wat hal… time2 nilah dia nak kong.. memang hangin tol.. huhehe.. so, sikit jela pic yang dapat dirakam sebagai kenangan…

Nak tau sebab apa PM datang lawat kawasan taman Perumahan area me tinggal??? Heheh… its jelajah rakyat.. PM turun padang utk lawat2 kawasan.. Belum penah lagi kot, sepanjang ingatan me yang sejak azali tinggal kat Perumahan ni,,, Baguslah…. It’s a good improvement..

So sambutan besar2 ran diadakan kat tapak Padang AU5D, Lembah Keramat.., Memang meriahlah… Sejak malam semalam, setiap rumah dikibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan suasana. Ada penghuni rumah yang turut mengibarkan bendera negeri masing-masing pulak.. macam2 la… ,


Pintu masuk Utama ke kawasan Perumahan AU5D~



Depan Rumah~ Setia Menunggu dalam hujan rintik2.... Sanggup berpayung dak2 kecik nih... heheh..


Dak2 kecik nih sempat bergambar kat tepi padang yang dipenuhi dengan Banner2 dari pelbagai Persatuan dan Badan2 NGO


Gambar yang berjaya dirakam setelah menyelit2 dicelah orang ramai.... he2..



Apa yang me cuba nak sampaikan kat sini, sambutannya memang meriahla… Seronok lak rasa… seolah2 musim mengundi sudah tiba… hahha… tak sabar rasanya nak mengundi nanti…. Dah cukup umur kah?? Hhahaha… ups… terlebay sudaaaaa… Yang dah cukup umur dan belum lagi mendaftar tuh, sila2 lah daftar yerk… Tunaikan Tanggungjawab anda kepada Negara…. Ececeh.. hehe….


^_^



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

arm~ said...

hahaha....comel tgk pic adham pegang payung tu..hehe

Lia-De-Pinky-Leo said...

heheh2... tu pic dari blakang daa.. hujan dah brenti pun x mo tutup2 payung... excited!

HazeL said...

mmg sesak sgt jln....tak sangke PM nak mai kwsn lembah berkeramat nie...hehehhe..

Lia-De-Pinky-Leo said...

he2... ku jua... bangga kejap.. hahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...