^_^

Tuesday, 14 June 2011

Menangis - Usah malu!


Kenapa perlu menangis?

Bila menangis, hatikan merasa satu kepuasan… Bila menangis, jiwakan terasa tenang… Kenapa menangis?? Tangisan adalah satu lambang jiwa yang sedang berhadapan dengan satu perasaan.. Ia menandakan hati telah menerima isyarat bahawa satu getar sedang bergelora dijiwa…


Apakah penyebab tangisan??

Kita menangis kerana dua sebab utama… Menangis kerana kesedihan dan juga menangis kerana Gembira.. Tangisan kesedihan berlaku pabila kita berhadapan dengan peristiwa negatif contohnya pabila hati terluka, merasa kecewa, hampa, terguris, marah, cemburu dan pelbagai lagi rasa yang mengganggu ketenangan dan ketenteraman jiwa….


Tangisan gembira pula berlaku pabila hati dicuit satu rasa positif atau perkara-perkara yang mampu menyenang dan mendamaikan hati, sekaligus memberikan satu rasa seronok, bangga, suka dan mungkin juga terharu..


Menangislah… usah malu..

Ya, usah malu untuk menzahirkan rasa itu. Menangis memberikan kedamaian jiwa.. Pabila tangisan itu adalah kerana hati yang merintih, sedikit sebanyak ia akan pergi bersama titisan jernih airmata. Percaya atau tidak, menangis mampu membuat jiwa lebih tabah…


Menangis bukan kerana kalah atau mengalah!

Ya, tidak beerti kalah jiwa itu pabila mengalirnya airmata… Seorang wanita mungkin menangis kerana lembut hatinya, kerana rapuh jiwanya, kerana halusnya nuraninya.. Seorang lelaki mungkin menangis kerana tersentuh jiwanya… Kerana terkikis egonya.. dan mungkin kerana sayangnya…


Wanita menangis kerana banyak sebab… Segalanya mungkin… Tidak janggal pabila terzahirnya airmata itu lahir dari mata redup wanita… Tetapi menangisnya seorang lelaki yang menjadi naungan seorang wanita, adalah kerana kasih sayang yang tidak tergambar oleh kata-kata… Juga mungkin tangisan penyesalan atas segala kekhilafan lalu…


Walauapapun sebab dan musabab mengalirnya airmata, dan walau siapapun dia, Menangislah seadanya…usah malu dan usah juga berlebih-lebihan.. Sesekali mata itu perlu jua dibasahi…


^_^

3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Keindahan Duniaku said...

kalau takde tempat nak mengadu satu jalan yang boleh saya buat adalah mengangis sepuas-puasnya. bila dah puas nangis tido. bila bangun rasa lega

serikandi comel said...

menangis merupakan terapi minda dan jiwa...
hati yg gundah akan menjd lebih tenang setelah mengalirkan air mata...
so menangislah jika kita rasa kita prlu menangis...

Lia-De-Pinky-Leo said...

yup... Thank to Keindahan Duniaku n also srikandi Comel.. Menangislah... kerna ia mampu melegakan jiwamu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...