^_^

Tuesday, 14 June 2011

Makna Bahagia Bagiku...



Demi Sebuah Bahagia…

Bahagia itu suatu yang terlalu subjektif untuk diperkatakan..

Bahagia mungkin bermakna menikmati dunia yang indah bersama dengan impian yang mampu digapai…

Lain hati mungkin lain jawapnya..

Lain bibir yang memperkata mungkin lain bicara hatinya..

Jika ditanya apa makna bahagia bagiku?? ku kan tunduk terdiam brfikir sejenak apa sebenarnya bahagia bagiku…

Seminit, dua minit, hati mula berbicara.. Lidah kelu namun jiwa bergetar rasa.

Jawapan ikhlas lahir dari jiwa nan halus lagi rapuh ini…

Bahagia bagiku satu nikmat dan rasa yang sangat indah dikecap pabila apa yang diimpikan mampu untuk digenggam, dicapai, digapai, disentuh, dimiliki secara mutlak dan hakikinya…

Ia lebih manis dan indah jika rasa itu mampu di kongsi sama dengan insan yang sisinya dekat dengan hati.



~Bahagia diriku adalah pabila bahagianya insan2 tersayang~



Ya Ku bahagia andai apa yang sentiasa bermain dikotak mindaku mampu kunikmati seada-adanya…,

ku ingin bahagia bersama orang2 yangku cintai… ku ingin bahagia memiliki apa yang ku ingini…

ku ingin ia sentiasa dalam pelukan gapaianku… ku mahukan ia sentiasa saja bisa ku capai.

Andai saja bahagia yang ku ingin mampu ku miliki…

Bilakah waktunya… akan ku sabar menanti dan menanti…

Bahagia paling indah bahagianya bagiku adalah pabila bahagianya insan yang kucintai…

Itulah makna bahagia yang sebenar-benarnya ikhlas dari hati ini..




9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

yatie Awang said...

makna bahagia yg cukup hebat...kakak suka, goog luck

Lia-De-Pinky-Leo said...

thanks sis yatie awang... :).. bahagia bagiku adalah bahagianya org2 tersayang.. :)

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

" bahagia bagiku adalah bahagianya org2 tersayang.. " isk. sedih la pulak T____T

suhaila zarin said...

yeah..btul tu...

Lia-De-Pinky-Leo said...

huhu... itu hakikat truely from my heart.. >_<.. tq to khansyaa' al khairiyah and also suhaila.. :)

Rahmad said...

nice entry..

~Bahagia diriku adalah pabila bahagianya insan2 tersayang~

Lia-De-Pinky-Leo said...

Rahmad - Tq.. :)

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

best perghh.. wa layan...

Lia-De-Pinky-Leo said...

sang pencinta.. hahah.. layannzz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...