^_^

Friday, 10 June 2011

Kenapa nak ber Blog nih???


Blogging Untuk Kepuasan ~i'am amateur Blogger..


Hye2… its time to blog update… heheh… Sekadar memeriahkan suasana dan berkongsi rasa.. Seronok sebenarnya berblog ni.. ada satu hari tu, ada seseorang bertanya, ada faedah ke buat blog2 semua ni????

Aduyai.. terdiam kejap..… me tak tau nak bagi jawapan apa.. so, yang terbaik dan ikhlas dari hati, me jawab… hanya yang mengerti akan memahami… hahaha… maksudnya me tak ada jawapan yang tepat kenapa me ber blog ni… ia sekadar satu hobi… dan secara mutlaknya mendatangkan kepuasan… hmm..

Sememangnya me minat menulis.. pernah menghasilkan beberapa cerpen pendek, tapi time bebudak dulu lah… Me start tunjuk minat menulis ni time darjah 2.. umur 8 tahun.. Me buat sajak, pantun, karangan yang dah serupa ngan cerpen n macam2lah… kelakar bila ingat2…

Sebenarnya tujuan asal me buat blog ni sebab nak luahkan perasaan yang penuh terbuku d hati ini… time tu hati sedang hancur berkecai… hehe.. sebab apa??? Paham2 ajalah.. haha.. sebab tu entry mula2 ber blog tu mud sedih jer… kalau nak luah kat FB, rasa tak privasi pulak.. so, wujudlah BIAR CORETAN BERBICARA ni.. , tapi lama-lama ia menjadi medan sejuta rasa yang terkumpul di Minda, Jiwa, Rasa dan Hati ini.. Biarlah blog me ni x cantik... x menarik... yang penting, me happy.. ^_^

Segala yang me rasa best berlaku dalam hidup ini, me akan mula menulis… untuk di kongsi sama dengan blogger2 yang lain dan juga pembaca yang sudi dan rajin membaca.. hahah… Apa2 pun trima kaseh lah pada yang sudi menziarahi my blog yang tak seberapa nih… mungkin ada yang suka.. n dah pasti ada yang tak suka.. adatlah tu… heheh… Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.. ( ada ker? ) "He..

-tunjuk ajarku sifu...-"


^_^

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...