^_^

Sunday, 12 June 2011

PerNah - Ya atau TidaK????


Hidup penuh pancaroba~

Kadang2 hidup ini tidak seindah yang kita sangkakan..., Terkadang, pada satu detik, kita merasa sungguh bahagia,,, sungguh seronok, aman dan tenteram dalam melayari bahtera kehidupan... tapi pada satu saat, awan mendung tetapkan muncul menjadikan detik indah terhalang.. atau sekurang2nya terhenti seketika,,, Awan mendung tersebut mungkin datang dalam bentuk masalah yang tidak terduga.. kesedihan dalam cinta, perbalahan dalam keluarga, kematian, masalah dalam kerja, teman tidak bertegur sapa, konflik dalam diri dan sebagainya.

Walauapa pun masalah yang datang, harus jua ditempuhi kerna ia adalah takdir dari Nya.. Segala yang berlaku dalam hidup ini telah pun tertulis sejak azali. Hanya kita saja yang mampu mengubah takdir hidup ini,, Hanya diri kita sendiri,,, Bukan dia, bukan mereka dan bukan sesiapa.. DIRI SENDIRI!!

Pernah tak kita rasa sedih sangat tapi tak mampu terluah dengan kata2 mahupun dengan airmata?? Pernah x?

Pernah tak kita rasa geram sangat tapi x mampu buat apa-apa?? Pernah x?

Pernah tak kita tengah nak merajuk, berharap ada yang memujuk, sudahnya terpaksa pujuk diri sendiri sebab tak ada siapa yang perasan. Pernah x?

Pernah tak kita rasa macam nak marah sangat, tapi disebabkan kita tak boleh nak marah, so, kita pun lepaskan kemarahan tersebut dengan cara lain??? Contohnya, hempas pintu bilik, hentak barang, baling henpon kesayangan, tumbuk pintu, menjerit sekuat hati, belasah orang lain??? pernah x??

Pernah tak kita rasa macam hati terasa sebal , menyesal dan bersalah sangat bila kita dah terlepas cakap dan tertengking bila ada plak yang tegur dan banyak bunyi masa hati kita tengah mendidih, terbelasah orang yg tak bersalah, terpecahkan barang kesayangan sebab dah baling masa tengah marah,?? pernah tak??

Pernah tak kita rasa macam nak lari jer jauh2 macam dalam tv tu bila kita rasa diri kita sudah tidak disayangi dan dihargai???? tapi tak pernah pulak nak lari sebab tak tau mana nak pergi??? pernah tak??

Pernah tak kita rasa bahawa kita ni sangat menyusahkan dan membebankan orang lain, tapi tak tau camana caranya kita nak berdiri atas kaki sendiri tanpa terus-terusan bergantung dan membebankan orang lain? Pernah tak???

Pernah tak kita merancang masa depan dengan pelbagai plan, Plan A, Plan B, tapi semuanya hanya tinggal rancangan tanpa dapat kita sempurnakan??

Aduhai... Jika jawapan bagi semua soalan di atas adalah ya, maka haruslah dirimu bermuhasabah diri,, Lepaskan keluhan berat yang bersarang dalam hatimu.... Bebaskan ia pergi....., Bagaimana?? ku sendiri masih tercari2 cari jawapan yang pasti.. Kerna setiap insan punyai rasa dan jiwa yang berbeza... Apa yang pasti.. LEPASKAN SEGALA MASALAH ITU PERGI....

Katakan pada dirimu... AKU INGIN LARI DARI KEKELIRUAN INI..... maka... AKU HARUS BANGUN BERDIRI!!!!!

>_<

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...