Tercoret lagi ~
Aduhai.. Hati yang semakin membengkak…
Tidak tahu bagaimana lagi harus ku khabarkan..
Titak tahu kemana hala tuju mahu mengadu …
Paling-paling pun orang lain akan menuding jari semula pada diri ini..
Akan menyalahi diri ini jua..
Hati yang tercoret luka,
Sakit dan terlukanya tiada yang tahu..
Kenapa aku yang jadi orang terpilih??..
Dah lama ia kurasakan ,
sudah terlalu lama..
Bila ada akal dalam mindaku,
Pasti akan ada saja sesuatu yang menghalang..
Memaksa diri ini untuk menangguhkannya…
Maka ku tangguhkan lagi…
Satu demi satu…
Sehingga masa pun berlalu..
Tatkala insan lain sudah pun ke bulan…
Tapi aku masih lagi tersungkur di sini,
Mengintai bulan hanya dari celahan atap rumbia pondok kecilku..
Sampai bila semua ini akan berakhir…
Adakah ini dianggap satu pengorbanan??
Jika ia mampu untuk menjadikan masa depanku yang mendatang lebih baik,
Maka aku redha…
Tuhanku, redhakanlah hati ini melakukannya….
untuk menjalaninya..
Jadikanlah diriku ini seorang yang kuat..
Lebih kuat hatinya,
Rohaninya,
Jiwanya…
Mentalnya,
Nuraninya
Juga fizikalnya….
Jatuh lagi air mata ini..
>_<







3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
suka la syair/sajak kat atas ni.nice one..
tq sudi singgah my blog tau.. nanti singgah la lagi..
nak follow lah..
Entry yang best..
”Cara Tinggal LINK di Comment”
Nabila Huda & Nizam~
Thankz a lot! :)
Post a Comment