^_^

Thursday, 16 June 2011

Donut MaKin Mahal??




Jum Buat Donut... :)

Suka makan Donat tak? Selalu beli Big Apple? Dunkin Donut? Mahal tak? Puas tak makan? Kalau pagi-pagi atau petang kadang-kadang kan ada jual donut kat gerai-gerai tepi jalan.. kat kantin atau mana-mana cafeteria pun ada jual... Tapi rasanya harga makin naik dan saiznya pun makin lama makin kecil.


Anak2 buah me suka sangat makan donut. Ada satu hari tu me belikan dia donut kat kedai dekat-dekat dengan rumah.. Budak kecik tu pun makan dengan enaknya, tapi bila me pulak yang makan, tengok2 dalam dia macam mentah.. aduhai.. tak habis makan pun.


Ada satu kedai tu pulak donut dia memang sangat sedap dan gebu, tapi sayang, kecil sangat.. kalu beli makan sorang tu okeylah.. Tapi kalau nak beli untuk minum petang atau breakfirst pagi ramai2, rasanya macam tak berbaloi..


So this entry, me nak share something buat mereka yang rajin nak mencuba buat donut. Mana tau kot2 dah pandai nanti boley berniaga pulak.. ececeh….


Bahan-bahan yang diperlukan, (Hidangan untuk 40-50 keping donut mengikut saiz acuan)


1 kg Tepung Gandum, 2 sudu teh Planta@margerin , 1 sudu teh Yis, 1 biji Telur, 1 sudu teh Gula, Secubit garam dan 1 sudu susu tepung (jika mahu)


Cara-cara

1) Adunan 1 – Bancuh yis bersama gula dan garam bersama sedikit air suam. Jangan guna air panas takut nanti bancuhan tak naik gebu.. Kacau sampai gula dan garam sebati.


2) Adunan 2- Bancuh tepung bersama planta dan telur dalam bekas yang berlainan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas bersama sedikit air. Gaul dan doh tepung sehingga sebati.


3) Campurkan adunan 1 ke dalam adunan 2, Gaul dan dohkan menggunakan tangan (lebih mudah dan berkat.. )


4) Uli dengan penguli sehingga rata diatas pelapik yang bersih


5) Sudah boleh mula tekapkan acuan donut ke atas doh yang telah di uli. Biarkan donut yang telah ditekap kira2 30 minit supaya donut naik lebih gebu sebelum digoreng.


Goreng dulu donut mcm biasa.. Api jgn besar sangat.. Biar api sederhana je...


Sejukkan dulu sebelum taburkan dengan gula halus


Kalau nak lagi sedap, cairkan coklat yg khas untuk buat kuih tu, n salutkan padadonut yang telah siap digoreng..


Nilah rupanya bila dah siap.. boleh hias ikut kreativiti kat atas donut tu... Nyam2... sedap tau!


Selamat Mencuba... heheh... :)

^_^


0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...