^_^

Thursday, 16 June 2011

" Contest Menyingkap Pengorbanan Mak dan Abah "



Izinku meluah Bicara ini~ buat bunda dan Abah.. Tersayang...


Aku hanya seorang anak yang belum lagi mampu membalas walau sedikit budi dan jasa mak dan abah… Aku hanya seorang anak yang masih lagi bertatih mencari ruang untuk bertapak dalam dunia yang penuh pancaroba… Aku jua hanya seorang anak yang masih sentiasa memerlukan tempat bergantung harap dan berteduh sementara sayapku mula kuat dan teguh untuk belajar mengembara.. Terbang mencari ruang yang tepat untuk ku membina sarangku teduhanku sendiri…


Aku hanya seorang gadis… Seorang gadis yang ku rasakan masih lagi kecil dan hingusan… Masih mengharap untuk disusukan… Aku hanya gadis kecil yang mula merangkak usianya menginjak ke alam dewasa…Aku masih mengharap iihsan dan belas sayang bunda dan abah… Namun kini aku hanya mampu untuk tunduk dan tersenyum kerna hanya miliki bonda dan keluarga… Abah ku sayang telah jauh meninggalkan aku.. Menuju akhirat yang kekal… Terpanggilku untuk menulis entry khas ini kerna aku mahu meluahkan bicara hati yang belum lagi terungkap kesemuanya… Kerana ia lama ku pendam.. jauh disudut hati kecil ku ini…


Bunda… Maaf… hanya kata keramat ini yang bisa untuk ku luah pada awal bicara.. Maaf sekali lagi… Aku ini banyak menyusah dan membebankan dirimu.. Ampunilah segala dosaku bunda.. Tidak mampu terluah dengan bibir yang berbicara… Terima kasih yang terhingga ingin ku kalungkan buatmu kerna tidak jemu2 memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat anak2 mu.. Terutama buat diriku yang cengeng ini.. Dari seawal usiaku kau didik dengan penuh tertib… Hingga diriku menjadi dewasa ini, kau masih lagi sudi menjadi bunda yang terbaik…. Ya,, bebelan demi bebelanmu kadangkala membuatku kerimasan dan berjauh hati, namun aku sedar… Bebelan itulah yang menjadikan aku seorang aku dan aku sentiasa rindukan bebelan itu tatkala aku jauh darimu…. Sungguh!


Abah… Biarpun kini abah jauh dari mata, namun ketahuilah abah tak pernah jauh dari hati ini… Pemergian abah membuatkan diriku terpukul dengan takdir yang perlu ku hadapi.. Kehilangan ini tidak mampu ku tempuh seorang diri… aku amat memerlukanmu abah… Mujur ku masih punyai bunda dan keluarga… Terima Kasih abah.. Kerna sentiasa sudi ada bersama tatkala susah dan senangku… Tawa dan tangisku… tanganmu sentisa terhulur memberikan bantuan… Abah.. Sungguh, aku merinduimu…


Aku masih sentiasa memerlukan pelukan erat kasih sayang bunda dan Abah.. >_<


Mak dan Abah… Maaf kerna aku belum bisa berdiri diatas kakiku sendiri… Tapiku yakin… Hari itu pasti tiba.. Di saat itu, kan kupastikan setiap pengorbananmu akan ku cuba sedaya termampu untuk membalasnya.. Memberi seada-adanya… Hanya ku harapkan doa dan restu yang tidak pernah putus buat anak mu ini… Mak dan Abah,Terima Kasih untuk segalanya..

>_<


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

sherah said...

good luck :)

Lia-De-Pinky-Leo said...

hehe.. tq.... :)

raihana latif said...

gud luck...trharu bc...=)
job follow blog rai plak...http://balqishraihana.blogspot.com

Lia-De-Pinky-Leo said...

huhuhu,, tq raihana... :-)

Noriko Miyosyi Aizawa said...

tahniah juge sebab join this contest... ibu bapa pembimbing utama kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...