^_^

Monday, 27 June 2011

Bagi baby nama..


Pejabat Pendaftaran Putrajaya ~

Lepas Lunch Hour tadi, me teman abang pergi Jabatan Pendaftaran kat Putrajaya.. Untuk apa?? Off course untuk daftarkan nama new baby Born him…

Nama yang telah didaftarkan ialah Muhammad Ayman Rayyan.. Best tak? Bermaksud yang terpuji, beruntung, kebaikan bagi yang berpuasa..

Nilah pertama kali me pergi pejabat pendaftar Putrajaya ni, tak sangka bangunannya besar dan terdapat beberapa pecahan kaunter di dalamnya.. ada 3 tingkat, dan setiap tingkat mewakili kaunter yang berbeza.

Tingkat paling atas, ialah tempat yang me pergi iaitu kaunter mendaftarkan kelahiran, kematian dan juga anak angkat. Tingkat-tingkat yang lain adalah seperti kaunter daftar kerakyatan, kaunter kad pengenalan dan juga kaunter imegresen.

Tak rugi me sebuk2 ikut my bro, sebab ada jugak info baru yang me belajar.. Sebab jabatan pendaftaran yang me pernah pergi dulu kecil saja, dan segala urusan yang berkaitan berada dalam kelompok kaunter yang sama.. Dah tentu2 orang ramai yang ingin berurusan terpaksa tunggu lebih lama.

Mungkin sebab Putrajaya ni Bandar metropolitan yang dikatakan elit, so segalanya telah dirancang secara tersusun dan sistematik…

Staf yang membantu menguruskan pendaftaran my nephew juga ramah dan cekap..

Tahniahlah buat mereka yang terlibat dalam penyusunan pengurusan Jabatan Pendaftaran Putrajaya ni dari sekecil2 jawatan pekerja sehinggalah pihak pengurusan tertinggi. … J

^_^

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...