^_^

Thursday, 30 June 2011

Antara sayang dan Cinta.. Antara Mahu dan Perlu


Kadang-Kadang kita Tak Pernah Sedar


Kadang2 Kita takkan pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..

Dia intai kita dalam senyap..

Dia bukak wall Fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru walaupun kita bukan jenis yang rajin post..

Dia tengok semua gambar kita dalam album..

Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang jejak..

Dia baca setiap post dalam entry blog kita..

Hanya sekadar baca tanpa sebarang reaksi…

Dia dengar setiap masalah kita… walaupun masalah tu tentang kita dan kekasih kita..

Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina..

Walaupun kadang2 hatinya terluka…

Dia ambil berat..

Dia ambil tahu..

Dia cuba beritahu.. bahawa dia sayang kita…

Tapi kita tak pernah sedar…

Kita tak pernah ambil tahu..

Kadang2 dia cuba cerita masalah dia..

Tapi kita macam dengar tak dengar n tambah pulak dengan masalah kita yang tak pernah selesai..

Dia cuba tolong kita dalam apa cara sekalipun..

Tapi kita anggap itu perkara biasa dan kadang2 terlupa ucapkan terima kasih…

Sampai lah suatu hari dia tak ada bersama kita..

Dia menyepi seketika ..

Dan kita mula terasa ketiadaannya…

Kita sunyi tanpa dia…

Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak dan tawa bersamanya…

Itulah sebenarnya cinta…

Kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta..

Antara kekasih dan sahabat..

Antara mahu dan perlu…

Kadang2 kita tak pernah sedar..

>_<

3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

muz said...

so moral of the story, hargailah insan di sekeliling kita, tanpa mereka siapalah kita...

PENGAKUAN JUJUR BLOGGER

shida said...

yup..sokong kata2 muz..kene hargai semua orang disekeliling even dia benci @ kita benci dia...coz tanpa mereka tak meriah dan xde warna lah hidup ni..

Lia-De-Pinky-Leo said...

muz n shida... tq for visit n read... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...