^_^

Monday, 30 May 2011

RinDu Kamu..


~Biar Rasa Rindu itu Terluah~

2,3 hari ni asik teringat2 jerk nak p melawat seseorang.. tapi asik tergendala..

n seblum tido malam tadi aku dah plan awal-awal nak gerak pepagi lawat beliau..

so, wake up this mowning,bangun terkejut..

terkejut sebab mimpi dah pun sampai kat tempat yang nak dituju..

Ya Tuhan… betapa terlalu kuat keinginan mahu melawat sampaikan dah termimpi sampai dah pun kat sana… aduhai..

Rindu yang tak tergambar…

S0, aku pun cecepat siapkan sebotol air, beberapa kuntum bunga dan juga…..

sebuah kitab Yassin… hmm..

sampai jerk kat sana, rasa macam sedih dan sayu….

Cecepatt g kat Beliau d tempatkan… duduk berteleku.. memanjat rasa syukur kerna aku masih d beri kesempatan melawat beliau d sana..

selesai bermunajat… memohon pada tuhan supaya beliau sentiasa tenang dan aman, ku tittipkan kuntuman bunga segar padanya…

Berharap agar bunga-bunga itu turut berzikir mendoakan kesejahteraan beliau..

dan ku rembeskan sesegar air yang kubawakan…

Sesungguhnya, aku teramat rindu dan rindu dan rindu yang tidak terungkap dengan kata2…

Lahir satu rasa insaf dalam hati..

betapa kita jua akan pergi..

meninggalkan alam yang fana ini…

Al-Fatihah buatmu ayahandaku sayang…

ku DOAkan agar kau bersama kekasih-Nya di sana…

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...