^_^

Sunday, 22 May 2011

JanGan MuDah MengaLah


PERCAYALAH.... SETIAP KESAKITAN ADA UBATNYA...


Setiap yang berlaku akan ada hikmah di sebaliknya. Itu hakikat yang tidak mungkin dapat di sangkal.. Kita seringkali terlupa akan kemanisan yang terselit d sebalik kepahitan yang melanda diri. Mungkin kesabaran yang terlalu sedikit di dalam dada menyebabkan kita sering menghukum takdir terhadap kelukaan, musibah dan kesengsaraan dalam hidup ini.


Tidak dapat dinafikan, kehidupan kadangkala terlalu perit untuk dihadapi sendirian. Kadangkala ujian bernama kekecewaan akan mencari peluang menjengah dalam celah kehidupan dan ia sangat sukar untuk dihadapi sendiriam tanpa sokongan kuat dan padu dari setiap sisi. InI yang harus dicari dalam diri.


Kekuatan dalam diri sangat penting bagi membangkitkan kembali semangat yang telah hilang, sayap yang telah patah, hati yang telah hancur berkecai akibat luka parah yang amat dalam. Tanpa daya tolakan yang kuat dari mental, fizikal pasti akan turut lemah dan tidak mampu untuk berdiri walaupun dibantu kuasa dan tenaga dari persekitaran.


Apapun, mental harus kuat. Iman dan akal harus mantap menyokong pemikiran yang waras. Lakukan segalanya kerana satu azam… katakan dalam hati, "aku boleh melakukannya.!!!" Sematkan dalam dada, bahawa setiap kesakitan memberi satu kekuatan untuk menghadapi hidup ini yang tidak pernah sunyi dari dugaan. Ingat, jangan pernah mengalah dengan kesakitan.

1 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

HazeL said...

fuuhhhh bersemangat kembali untuk hari esok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...