^_^

Tuesday, 10 May 2011

Dalam kenangan...


Assalamualaikum buat pembuka bicara..., "Biar Hati Berbicara" menjadi medan coretanku lagi... setelah lama ia ku tinggalkan...

11mei 2011,

Tarikh ini dtg lagi.. menggamit memori.. ntah mengapa sejak petang tadi rasa cam rindu sgt pada Abah... rasa lain macam jerk.. Bila bunda ckp esok 11 mei (ketika diari ini ditulis, 10 mei), tersentap rasa hati.. kenapa?? ya Tuhan bagaimana aku boleh terlupa.. sedangkan selama ini akulah org yg paling alert ngn tarikh2 penting yg belaku dalam kuarga.. maafkan adik abah... adik x lupa. cuma tak perasan tarikh itu semakin hampir.. esok, 11 mei. hari jadi abah... syg abah..

Seday Rasa Hati Bila,
tengok mata bunda berair... biarpun bunda mcm nak sembunyi2, tpi aku tau, bunda nangis.. hati ini turut tersentuh dan menangis.. dalam hati... aku pandang k.ina, (my sis) n dia pandang aku balik ngan pndangan sayu... oh tuhan.. bagaimana harus aku menenangkan bunda di saat perasaan bunda disapa kerinduan.. rindu pada abah.. ku jua begitu.. Bunda.... aku amat sayangkan mu.. biar tidak terzahir dengan kata-kata, hati ini meronta2 utk meluahkan sayang padamu, namun aku tidak tahu bagaimana.... Belum terlambat andai mahu ku ucapkan selamat hari ibu bundaku sayang... X terbalas jasa2 mu melahir, mendidik, menjaga dan membesarkanku...


Seday Rasa Hati Bila,
mengenangkan saat2 manis kemeriahan sambutan harijadi abah dulu2.. sentiasa ada walaupun hanya dengan sebijik kek kecil.. sepanjang ingatan aku, setiap kali ada sambutan harijadi, kompom mak n abah akan suap menyuap antara satu sama lain.. tradisi ini kurasakan cukup romantis.. bunda suap abah, n abah juga akan suap bunda, n setiap memori itu akan terakam menjadi kenangan terindah buat tatapan kami..

Seday Rasa Hati Bila.
mengenangkan 11 mei tahun ini yg akan berlalu dgn sepi.. tiada kek, tiada lagi sambutan, tiada lagi gelak dan tawa merai mengiringi kemeriahan, tiada lagi suap menyuap seperti dulu... semuanya hanya tinggal kenangan.. dan tahun ni gak akan jadi tahun kedua 11 mei tanpa sambutan....


Seday Rasa Hati Bila,
mengenangkan rumah yg semakin sepi.., ya tuhan tidak dpt aku bygkan kehidupan tanpa kedua2 org yg amat aku syg.. aku bertuah kerna masih punyai bunda dan keluarga besar yang setia menyokong diri ini d saat aku goyah.. Biarpun kdgkala aku merasa terlalu sunyi tanpa abah d sisi.. tanpa senyuman dan gelak tawa abah... abah sentiasa tersenyum, biarpun dalam kesulitan.. abah tak pernah mengeluh dan sentiasa bersabar biar apa pun yg berlaku...


Tinggal kenangan...



Abah sentiasa hidup dalam hati kami....



Abah,
aku terlalu merindui dirimu... air mata ini x pernah kering bila teringatkan abah yg jauh d sana. tapi aku tau, biar pun abah x kelihatan d mata, abah akan sentiasa dihati ini.. disetiap saat dan ketika.. abah sangat cool, kurang bercakap tapi kuat berjenaka dan bercerita.. Cerita kesusahan dan kepayahan d zaman mudanya... dengan harapan agar kami anak2 mngambil iktibar dan pengajaran dari pengalamn hidup abah.. oh abah... betapa sayu dan pilunya hati ini.. tuhan saja yg tau,


Abah,
Izinkan diri ni mencoret sekilas tentang dirimu.. sesungguhnya ingin skali aku jdi sperti dirimu.. aku mahu hanya berkata2 bila perlu sepertimu... kerna banyak berkata2 bimbang aku terlebih bicara, aku mahu sentiasa tersenyum sepertimu.. biarpun senyuman ku tidak semanis mana, ia mampu mnceriakan org d sekeliling, aku mahu sntiasa bersederhana sepertimu kerna hanya itulah kemampuanku, aku mahu jdi tabah dan sabar sepertimu kerna anakmu ini tidak kuat mengharungi hidup sndirian dan aku mahukan seseorang sepertimu untuk menemani diri ini melalui setiap cabaran dan dugaan... tpi mungkinkah???? abah,,, abah sentiasa yg terbaik... Terima kasih kerna telah membesarkan dan menjaga diriku selama ini... will always missing u my dear abah... al-fatihah buatmu...

Hanya doa dpt ku kirim sebagai tnda ingatan dn hadiah buatmu abah ku cyg... >_<.. selamat hari ulangtahun buatmu,,,

(sygilah kedua ibu bapa d saat kamu masih mampu memeluk erat mereka)

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...