^_^

Sunday, 29 May 2011

Bingkisan luka cinta


NUKILAN HATI...

~Bingkisan luka Cinta Amirul-Alia~


---------------------------------------------------------------------

Harini mak tak pergi mana-mana. Heran juga aku tengok, selalunya hari sabtu macam ni pagi-pagi lagi mak dah pergi pasar ...

“Minum cepat, nanti da sejuk tak sedap airnya tu.. ,” kata mak sambil membelek2 buku sekolah anak muridnya. Aku hanya mengangguk.

“Mie, macammana dengan Hanisah tu”

erk... aku rasa cam seketul batu besar di baling kat kepala dengan persoalan dari mak..Aku buat-buat menaip keyboard lappy kesayanganku. Tapi dalam hati, tuhan je yang tau camner aku rasa bila mak mula bukak cerita tu lagi..

“ntah le mak.. Mie pun tak tau..” padahal aku tau dah apa maksud sebenar mak.. mak suruh aku setuju dengan perancangan semalam... yes.. tu dia.. hmm.. aku mula mengeluh dalam hati.. ya tuhan.. Betapa beratnya dugaan yang harus ku terima.. Perlukah aku menurut kata mak sedangkan hati ini membantah sekeras-kerasnya apa yang mak utarakan. Perlukah aku berkorban untuk kebahagiaan orang lain sedangkan hati dan kehidupan sendiri terkorban..

“Dia budak baik. Kita dah kenal lama dia tu.. Mie pun dah mesra dengan dia kan.?”

“Nantilah mak.. Mie ni baru jek nak merasa duit sendiri.. hidup pun dah tak serupa orang, sibuk dengan kertas-kertas keja ni.. “

“Iyelah... kerja-kerja juga, tapi apasalahnya kalau Mie ikut cadangan Mak dan ayah,”


-------------------------------------------------------------------------------

Sawah yang terbentang luas menjadi satu medan pelepas keluhan. Amirul tenang tatkala mencuci mata melihat panorama alam yang menghijau terbentang luas. Dia bangga menjadi anak kampung. Kampung yang menjadi kebanggaan hatinya.

Jauh di sudut hati, terselit satu rasa yang amat pahit untuk ditelan, tetapi tidak mampu terluah. Alia... Itu adalah Alia. Aku Rindu padamu Alia. Bagaimana harus aku membuat keputusan tanpa menggores mana-mana perasaan. Aku sayangkan Alia tapi aku tidak sanggup menghampakan mak ayah.


-----------------------------------------------------------------------------------

“Mak sayang sangat dengan Hanisah tu Mie. Mak nak sangat dia jadi sebahagian dari keluarga kita.”

“Kenapa Mie, kenapa tak abang ?” Amirul cuba mendapatkan kepastian, sesungguhnya dia tidak pernah menyangka adik angkatnya itu mahu dijadikan menantu dalam keluarganya.

“Amirul, awak pun tau abang awak tu macam mana. Dia tak macam awak. Selalu saja membantah, asal kita cakap, ada saja nak dilawannya. ..”

“Mak,......” tersekat kata-kata dikerongkong. Amirul mahu mengatakan sesuatu, tapi tidak terluah.

“hmm.. Mak tau abang kamu tu sudah ada teman... sudah tentu-tentu dia tak akan setuju.. Lagipun, mak tengok, cocok benar Hanisah dengan kamu” Kata mak lagi..

“Erk...” Mati lagi di situ.. Berat sungguh Amirul untuk menyatakan bahawa dia juga sudah ada pilihan hatinya sendiri. Walaupun gadis itu tidak bertudung labuh seperti Hanisah , tidak secantik dan semungil Hanisah, tapi dia sangat istimewa.. Alia... Nur Alia khadeeja. Wajah itu semakin sayup dari pandangan.

Aduhai ayah bunda, hanya kerana aku ini anak yang taat, maka haruskah aku turuti semua kemahuan kamu..????. Tuhanku, bantulah hambamu ini yang lemah lagi tidak berdaya.


-----------------------------------------------------------------------------------

“Assalamualaikum, abang apa khabar.. , lama abang senyap jerk.. seminggu dah kot, syg rindu sangat” Alia meluah kata di corong telefon. Hanya itu termampu dilakukan kerana perbezaan jarak dan tempat yang memisahkan perhubungan mereka.

“Abang sibuk.. sorry yer, rindu jugak kat syg.., “ satu keluhan berat dilepaskan.., Amirul terdiam seketika.

“Nape ni abang, ada masalah ke..” Tanya Alia seolah-olah dapat membaca reaksi Amirul ketika itu

“Taklah, abang ok jer.., sayang, nanti malam abang call yerk, ada keja nak buat “

“Em Okey, sayang pun sibuk ni, nak siapkan bunga telur ngan pelamin akak.. sayang jadi pengapit tau nanti.. kalulah abang boleh datang.. kan best.. ehehe, leh kita amik berkat kawin akak.. okeylah malam nanti call tau, ok.. assalamualaikum abang, rindu abang.. “ kata Alia dengan perasaan yang berbunga dan ceria.

Aduhai Aliaku sayang... Maafkan aku..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sayang buat apa...? “ Amirul memulakan perbualan di corong telefon malam itu.

“Tadi iron baju.. esokkan akak nikah.. sayang tak sabar tau.. nanti sayang kirim gambar kat abang..” ujar Alia penuh semangat.

“Aliaa..”

Tut......... talian telefon mati..

Alia kehairanan., tak pelah, kejap lagi mesti abang call balik... ujar Alia dalam hati, dia menyambung kembali tugas dan persiapan akhirnya sebelum akad nikah kakaknya esok.

Tut..tut... Alia segera membaca mesej yang baru diterima..

~Alia, kita dah tak boleh bersama.. maafkan abang...~

Alia terkejut, jatuh bunga telur yang dipegangnya... Segera pula dia mendail kembali.

“Helo, abang...... kenapa abang buat macam ni.... kenapa abang.... tiba-tiba je, “ Nafasnya turun naik... kalau boleh tatkala itu dia mahu terbang bersemuka dengan kekasih hatinya.

“maafkan abang Alia... abang bakal di tunangkan... pilihan keluarga... maafkan abang..” tersekat-sekat suara Amirul meluah kata..

Alia jatuh terduduk tatkala mendengar perkhabaran itu, sungguh, hatinya pecah berderai pabila kekasih yang dipuja-puja bakal jadi milik orang lain.

“habis tu, syg macammana... syyg macammana abang????... kenapa abang tak tolak, abangkan lelaki.. jangan buat syg macam ni abang... tlg...” Rayu Alia.. Alirmata sudah tidak boleh di tahan-tahan lagi...

“Alia, abang terpaksa.. terimalah hakikat kita tak ada jodoh bersama.... mereka sangat berharap pada abang...”

“Siapa dia ??????” desak Alia dalam tangiasan yang semakin menjadi-jadi..

“Namanya Hanisah... anak angkat mak ayah... maafkan abang Alia... abang juga terluka..” Amirul juga tanpa segan turut mengalirkan airmata... melukakan hati orang yang dicintai demi keluarga yang disayangi..

“sampai hati abang..... sampai hati...”

Tuttt...............

Maafkan aku Nur Aliaa Khadeeja...

Tuhanku, bersalahkah aku .....?? Temukanlah damai dihati Alia dan segerakanlah sembuh luka dihatinya..... Amir tunduk mengusap kedua-dua pipi yang basah.


~ (>_<)~

---------------------------------------------------------------------


Cinta dan airmata tidak dapat dipisahkan..

Banyak pengorbanan yang harus dilakukan demi menjaga hati-hati insan yang disayangi..

Bijaklah mengatur keputusan agar segalanya baik-baik saja.



0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...