^_^

Tuesday, 19 April 2011

Perjuangan belum selesai....


Setiap tugas adalah tanggungjawab, Tanggungjawab adalah perjuangan.... Perjuangan adalah Jihad!!!

Tanggungjawab sebagai pelajar ~
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab dan amanah yang terpikul dibahuku sebagai seorang pelajar praktikal.... pejam celik pejam celik aku dah pun menamatkan tanggungjawab sebagai pelajar... alhamdulillah... 4 bulan telah pun berlalu... sedar x sedar 4 bulan juga aku telah meninggalkan bumi kedah yang amat ku sayangi.... Sayang woo.... hampir 3 tahun merantau..., mencari pengalaman juga segenggam sijil bernama ijazah... hmm... Pengalaman merantau yang amat berharga, huhu.. sekurang-kurangya aku adalah jugak kengkwan yg bukan dari tempurungku... eh silap, tanah tumpah darahku, kuala lumpur...., ada jugaklah koleksi kengkawan dari kedah, kelantan, nogori, ganu, Perak n memacam lagilah.. heehhe... belajar budaya n bahasa orang... yang dah tentu2 takkan sama dengan cara hidup dan budaya org2 kg aku kat kl ni.... huuu..

Tanggungjawab sebagai anakanda ~
Sama sekali tidak akan pernah berakhir.... Sesungguhnya aku amat menyayangi bondaku... juga amat2 merindui abah tercinta... aduhai, tidak akan prnah kering air mata ini pabila mengenangkan ketiadaan abah di cc... namun aku percaya abah sentiasa akan ada menyuntik semangat padaku agar terus kuat meghadapi naik dan turun kehidupan ini. Alfatihah buat abah ku tersayang... Buat bondaku, sabarlah... anakanda mu ini akan terus berjuang mencari ruang yang kukuh untuk bertapak... anakmu ini sedang cuba bertatih, memaut pada ranting2 harapan untuk menggapai awan yang masih lagi jauh dari capaian.. Doa dan restu darimu amat2 kuharapkan agar langkah ini tidak sumbang dan terus melangkah dengan penuh yakin... Sesungguhnya anakmu ini terlalu lemah gemalai... eh silap.. lemah longlai tanpa sokongan kuat darimu bundaku...

Tanggungjawab sebagai kekanda,
Ya, aku masih punya 2 adinda kecil biarpun mereka lebih besar dariku... heheheh..., Buatmu adinda2 ku,,, maaf andai aku masih belum bisa meringankan semua kesulitan yang kamu hadapi.. Biar apapun yang berlaku, aku mahu kalian tahu aku sangat syg kamu... aku setia menadah segala luahan hatimu biar apajua yang mahu kamu tumpahkan... aku kan setia di sini...,

Tanggungjawab sebagai adinda,
Hehehe, buat 4 kakandaku, terima kasih atas segala yang pernah sudi kalian kongsikan.... aku akan cuba berdiri diatas kakiku sendiri biarpun adakalanya aku masih merasakan diri ini seperti anak kecil yang masih tidak rela melepaskan pelukan ibunya... aku seperti anak kecil yang masih mahu dibelai dan dimanja. sesungguhnya aku amat merindui saat2 itu....

Tanggungjawab sebagai sahabat,
sahabat, teman, kawan sukar dicari ganti... aku bersyukur memiliki sahabat dan teman2 yang setia dicc di kala hati ini digelapi gumpalan awan yang menumpahkan limpahan hujan mencurah... Terima kasih buatmu yang bernama sahabat... teruslah setia di cc ku, membimbing dan mengingatkanku di kala kealpaan semakin mendekati....

Tanggungjawab sebagai kekasih,
Ada gak eh???? huhuhu... just setia d cc d saat susah dan senang jer lah kot,,, huhuhuhu..., perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangka... jika hari ini kamu mencintai aku, tidak mustahil kamu juga akan mencintai dia... jika semalam aku berjanji akan setia d cc, mungkin esok ada pengganti di hati... wallahualam....

Perjuangan masih belum selesai.... selagi jantung masih berdenyut... selagi itu ada amanah yang perlu dilaksana.... Pada pencipta jua kita kembali.... maka kembalilah tunduk, sujud menunaikan amanah yang telah terpahat di dada.... ALLAHUAKBAR....

2 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

fira mustafa said...

begitu byk tanggungjawab mu wahai kakak ku..hrp dpt menunaikan setiap tanggungjawab dengan pnuh kesabaran..amin.. =)

ct norfariza said...

hye3... nice entry.. dtg singgah n follow dpd segmen abg ben... jom singgah blog kte lak... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...