^_^

Saturday, 1 June 2013

Mereka takkan mengerti


Apa yang kau rasa,
Apa yang kau alami,
Apa yang kau fahami,
Ada ketikanya,
Biarkan saja menjadi rahsia hati..

Ya, kamu..
Kamu yang sedang membaca ini,
Tahukah kamu mengapa?..
Kerna,
Sakit yang kau rasai,
Luka yang kau alami,
Hanya kamu yang mengerti,
Bukan dia,
Bukan mereka,
Hanya kamu.
Hanya kamu yang tahu..



Mereka bisa mengatakan ia perkara biasa,
Lumrah kononnya,
Atau kata mereka,
Kamu ini lemah orangnya,
Lembik lutut saat digoncang dunia,
Ah, itu kata mereka,
Mereka takkan pernah mengerti apa yang kau rasa,
Kerna itu mereka bisa berkata apa saja..

Meluahkan kata pada yang tidak mungkin mengerti,
Pastinya akan menambah sakit di hati,
Itulah hakikatnya.
Yang harus kau terima.

Terkadang,
Sakit itu,
Biar saja menjadi rahsia,
Kerna dengan berbicara pada ruang yang salah,
Adakalanya bisa membunuh mati semangat dirimu..
Ya, percayalah..





Wednesday, 22 May 2013

Ada saatnya..


Ada saatnya kita terasa berlapang dada,
Tertawa dan gembira,
Menikmati detik bahagia,
Oh... Indahnya..

Ada saatnya,
Tika ada duri dalam hati,
Halus lagi tajam menusuk,
Tertembus hingga tak kelihatan lagi,
Sakitnya terasa begitu mencengkam,
Oh, tidak tertahan jiwa merasa.

Ada saatnya,
Luka menitik darah,
Merah yang pekat namun tak nampak di mata,
Hanya mengalir deras di dalam dada,
Oh, hampa dan kecewa.
 

 google

Ada saatnya,
Yang berdiri megah, juga kan runtuh,
Yang besar dan sasa, juga kan tersembam menyembah bumi,
Yang kuat juga akan lemah,
Apabila tiba tika dan saatnya.

Ia pasti tiba,
Yang berbeza hanyalah masa, sebab, akibat dan penyelesaiannya..

Sunday, 19 May 2013

May 2013, welcome sayang..


May 2013, mencatat sejarah dalam hidup aku. Kegembiraan yang tak terhingga bila apa yang diidam selama ni, tercapai jua. Even ada yang tersasar, tapi aku bersyukur jua dengan apa yang mampu aku capai setakat ni.
 




1 MAY 2013, - RABU
Selamat datang buat kekasih hati, WEEWEE... Hari pertama aku merasmikan sendiri kereta pertama yang didaftarkan atas nama aku sendiri. (deposit duit gaji pertama di department baru). Huhuhhu.. Lepas panas2 enjin mahirkan balik skill driving yang dah lama hilang, tempat pertama yang aku pergi is Jenderam Hilir, rumah abang. Thanks to my bro yang sudi jadi peneman setia.


Bukan senang nak bawak kua WEEWEE ni, siap gaduh2 lagi ngan dealer sebab ada beberapa prob yang berkaitan dengan bank yang aku wat pinjaman. Kat sini nak iklan sikit, buat kakitangan Bank Islam Cawangan Dang Wangi, Kl, bahagian pinjaman kereta, sila upgrade kualiti kerja anda. Upgrade sekali mesin faks, telefon dan peralatan pejabat anda. Sekian terima Kasih!. Aku malas nak cerita benda yang tak best, sikit2 dah la kot. Standartla tu, bukan semua orang sempurna, tapi ada benda yang kita leh improve, SILA IMPROVE..


5 May 2013- AHAD
Second journey to CAMEROON HIGHLAND. Percutian keluarga 3 hari 2 mlm yang menyeronokkan. Memang menggeletar la jugak bawak, even kat highway jer, tapi kecut jugak perut bila lalu kat selekoh2 jalan turun dari Cameroon ikut Tapah.. Selekoh tajam weiii... Alhamdulillah.. Semuanya selamat!!


18 May 2013 – AHAD
Pusing2 bandaraya KL, jalan petang kat Tasik Perdana.. Pertama kali WEEWEE bergesel dgn Mercedez pompuan cina. Calar panjang dari pintu driver ke tayar belakang.. GRRRRRR... Robek hati rasa, mujur jugak time to ada my bro, kalu tak, hadui... tak tau ler camno..


Next trip??.. ahaha.. x tau lagi.. Actually. Aku belum betul berani nak bawa jenjalan tanpa orang yang pro kat sebelah.. Ntah bila nak bawa WEEWEE g opis plak.. Maybe one fine day... 

Syukur sangat dengan apa yang aku ada, even dalam hati terbit rasa sedih sebab tak sempat nak bawa abah jalan2 dengan kereta sendiri.. Hm.. Special thanks to my 2nd bro sebab involved dari mula masa nak sign agreement keta, ambil kereta, sampai la mengajar bawa keta after a few years tak drive. Tq bro!..  n... mak jugak.. heee... maseh mak.. love u lah... tq jugak to my beloved family atas sokongan moral & fizikal.. heee... mumuah..





Saturday, 11 May 2013

Kasihmu ke Syurga..




Macam biasa,

Setiap kali tiba bulan May minggu ke dua,

Semua orang sibuk dengan Hari Ibu,

Tv pun siar cerita tentang ibu,

Pengorbanan ibu,

Kasih sayang ibu,

Segalanya tentang ibu..



Sesungguhnya,

Itu kenyataan yang tiada siapa mampu menyangkal,

Besarnya pengorbanan ibu,

Takkan mampu terbalas,

Walau dilonggok dengan harta menggunung,

Walau dihampar permaidani berhias batu permata,

Kasihnya ibu,

Tetap jatuh nombor satu..



gambar google


Bunda,

Walau diri ini tak punya apa-apa,

Tiada berlian permata, rantai berlian mahupun jam emas,

Untuk ku kalung dan hadiahkan buatmu,

Ketahuilah,

Bahawa anak2mu ini terlalu sayang padamu,

Terlalu...

Sayang padamu..

Tiada apa lagi yang mampu dizahirkan,

Melainkan ucapan ikhlas yang lahir dari hati ini,

Kami sayang padamu Bunda..
Ampun dan maaf untuk semua tingkah laku dan kata-kata,
Yang pernah menggores hati..


Terima Kasih untuk segala-galanya..

Sesungguhnya kasihmu membawa ke Syurga..

Selamat Hari Ibu.. Mak.





Saturday, 27 April 2013

Treenea , Vcoa- masalah kulit beransur hilang!!

 VC0 Antioxidants dari Treenea..


Anda ada masalah jerawat, jeragat, ekzima, parut degil atau ketuat? Treenea ada jawapannya...

 Produk baru dari kedah.. Membantu menyelesaikan masalah anda.. 

Apa istimewanya TREENEA VCO ANTIOXIDANTS? 

Ia membantu anda yg mengalami masalah :-

- kulit sensitif, jerawat dan alahan
- sembelit & senggugut
- Untuk ibu yg kurang susu
- kerap letih , lemah dan lesu
- mcm2 lagi..

Ramai yg tanya mahal ker?

1 botol Rm45/Rm48 (ss) - termasuk postage
2 botol Rm80/Rm83 (ss) - termasuk postage

Berapa biji dalamnya ?

Terdapat 60 softgel ( tahan sebulan)

Cara guna?

- Ambil 2 biji sehari, 1 biji selepas mkn pagi dan mlm.

- Boleh ditelan, kunyah dan boleh juga disapu utk kegunaan luaran dengan cara mencucuk softgel tersebut dan picit utk mengeluarkan isi kandungannya.

 Testimoni Penggunaan 1 hari sapuan pada kulit kaki yang mengalami masalah.
 

 Anda nak cuba?.. Berminat??..
Klik SINI



Kita hanya berusaha, dan terus berusaha.. Semua penyakit pun ada ubatnya.. Kan?






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...